SHAH ALAM: Dianggarkan sekitar 160,000 pemilih termasuk pemilih baharu yang didaftarkan secara automatik layak mengundi di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah tersebut adalah empat kali ganda jumlah pengundi di Parlimen Lenggong, Perak.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata, pengundi kawasan urban area seperti di Shah Alam juga terdiri dalam kumpulan atau kelompok yang berbeza-beza.
"Pengundi saya di Parlimen Lenggong yang sedikit jumlahnya itupun mencabar untuk dijaga, saya tidak boleh bayangkan bagaimana di Shah Alam ini hendak jaga 160,000 pengundi.
"Rakyat (pengundi) di kawasan urban area di Shah Alam juga dalam kumpulan kelompok berbeza-beza, tahap pendidikan berbeza, minat tidak sama dan citarasanya juga sangat tidak sama satu sama lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Roadshow Pentas Barisan Nasional (BN) Ke Bahagian-Bahagian di Pejabat UMNO Bahagian Shah Alam di Seksyen 14 di sini pada malam Jumaat.
Sehubungan itu, Shamsul Anuar menggesa agar pendekatan berbeza yang sesuai dengan kehendak pengundi dapat digunakan bagi memastikan mereka dapat memberi sokongan terhadap parti.
"Sudah tentu pendekatan yang perlu kita lakukan berbeza sesuai dengan apa yang mereka inginkan dan kita tidak boleh lakukan apa yang kita suka tetapi ia tidak disukai rakyat dan akhirnya kita ditinggalkan," katanya.
Menurutnya, landskap politik kini jauh berubah yang memerlukan kaedah dan pendekatan baharu agar maklumat sampai kepada setiap 160,000 pengundi walaupun mustahil untuk menembusi kesemuanya.
"Sebab itu perlukan strategi dan yang penting kita mesti cari kaedah untuk memastikan segala agenda dan segala yang ditawarkan kepada rakyat dapat sampai kepada mereka.
"Cara kita sampaikan kena sesuai dengan mereka, kita ada banyak pengalaman walaupun dulu produk GST (cukai barang dan perkhidmatan) sangat baik, tetapi barangkali kaedah disampaikan kepada rakyat agak tidak kena dan tidak tepat," katanya.
Katanya, penganjuran Program Roadshow Pentas Barisan Nasional (BN) Ke Bahagian-Bahagian menjadi salah satu kaedah bagi menyampaikan mesej parti itu kepada rakyat. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 06 2022
![160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15 160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646923575_DatukDrShamsulAn.jpg)
Shamsul Anuar berkata pengundi kawasan urban area seperti di Shah Alam juga terdiri dalam kumpulan atau kelompok yang berbeza-beza.- Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15 160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646923575_DatukDrShamsulAn.jpg)
160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15
Dianggarkan sekitar 160,000 pemilih termasuk pemilih baharu yang didaftarkan secara automatik layak mengundi di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).