WHATSAPP hari ini mengumumkan pengenalan sebuah penapis baharu pada aplikasi mereka, yang dilabelkan sebagai “Favorites” atau “Kegemaran”.

Melaluinya, anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.

Dengan langkah ini, anda boleh terus memilih tab “Kegemaran”, dan seterusnya melihat tetingkap sembang dengan rakan-rakan terdekat lebih mudah, tanpa perlu melakukan tatalan yang banyak.

Selain pada tetingkap sembang, ciri sama turut boleh digunakan pada bahagian panggilan suara.

Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia bermula hari ini. -Amanz