CHATBOT kecerdasan buatan Meta AI diumumkan pada September tahun lalu dengan Meta mengesahkan ia akan diberikan pada kesemua produk keluaran mereka.
Meta AI kini secara rasminya mula boleh diakses dalam WhatsApp, Instagram dan Messenger di negara India serta beberapa negara Afrika.
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
Jawapan akan diberikan tanpa pengguna perlu keluar daripada aplikasi. Ia turut mempunyai kemampuan menjana imej yang kemudiannya boleh dikongsi di dalam perkhidmatan pemesejan yang digunakan.
Ujian masih dilakukan pada skala yang kecil pada ketika ini sebelum dikembangkan kepada semua pengguna global.
Seperkara lain yang menarik mengenai Meta AI ialah avatar yang digunakan adalah terdiri daripada 28 selebriti terkemuka seperti YouTuber MrBeast dan penyanyi Snoop Dogg.
Avatar akan menjadi pembantu kepada pengguna apabila diperlukan.
Meta tidak pernah berkongsi sama ada Meta AI akan diberikan secara percuma selama-lamanya ataupun akan mengambil langkah Samsung serta Google yang akan mengenakan bayaran bulanan untuk mengakses ciri AI yang lebih berkemampuan di masa hadapan. -Amanz
Amanz
Mon Apr 15 2024
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis. -Amanz
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Dua anggota tentera mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak
Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
Kerajaan dicadang integrasikan AI dan IoT sebagai penyelesaian pintar pengurusan bencana banjir
Sistem pengesanan banjir pintar yang mampu mengintegrasikan pelbagai sumber data akan mengatasi kelemahan sistem sedia ada.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
xAI raih suntikan dana baharu AS$6 bilion, Grok-3 dalam pembangunan
xAI sedang menguji aplikasi Grok untuk iPhone dan membangunkan Grok 3, kini dalam fasa latihan.
Apple tidak pernah rancang pelan berbayar untuk Apple Intelligence
Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.
56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan hingga 1 Disember - Teo
Sebanyak 56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 1 Dis lepas.