KUALA LUMPUR: Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata seperti individu biasa, golongan itu juga tidak lari daripada membuat kesilapan dalam kehidupan, cuma yang membezakan ialah mereka 'sedikit' tersasar kerana menyalahguna bahan terlarang itu.
Beliau berkata seandainya masyarakat lebih memahami keadaan mereka dan bersedia memberi peluang kedua, beliau percaya golongan itu akan menyinar kembali dalam kehidupan kerana masing-masing memiliki potensi tersembunyi.
"Seperti saya dululah, macam-macam cabaran dan kritikan diterima semasa mula-mula masuk dalam (dunia) politik. Yalah, daripada seorang doktor yang merawat pesakit tiba-tiba menjadi seorang ahli politik sampai ada satu ketika, hendak bercakap (berucap sebagai ahli politik) pun saya tidak tahu, jadi bagaimana caranya hendak orang undi saya?
"...akhirnya saya terpaksa belajar (berucap). Sebab itulah saya rasa setiap orang itu memang akan ada cabaran sendiri, memang akan buat kesalahan dalam kehidupan atau mungkin terpesong dan tersasar tapi kita jangan terus berasa kerdil dan masyarakat pula jangan terus menilai, sebaliknya beri peluang kedua,," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2024 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi di sini, hari ini, yang turut dihadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata program hari ini bertujuan memberi informasi dan pendedahan berkaitan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan AADK.
Beliau berkata ia juga adalah sebagai satu cara meningkatkan usaha-usaha kolaboratif dengan jabatan- jabatan Kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah dalam komuniti.
AADK turut melancarkan perkhidmatan baharu iaitu rawatan dan pemulihan dadah secara atas talian melalui Hotline Tele-Hello AADK di talian bernombor 1-800-22-2235 atau Whatsapp 019-626 2233, sebagai tambahan inisiatif lain dalam program hari ini.
Sementara itu Dr Wan Azizah berkata AADK turut menggiatkan usaha mempromosi usaha rawatan penagihan dadah secara sukarela.
"Mengikut statistik pada tahun 2023, direkodkan 961 orang klien sukarela menjalani rawatan dan pemulihan di dalam institusi dan 1,499 orang klien sukarela menjalaninya di dalam komuniti. Jumlah ini amat sedikit berbanding klien yang menjalani program rawatan dan pemulihan secara mandatori iaitu 8,958 orang di PUSPEN dan 63,873 orang di dalam komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Dr Wan Azizah berkata program hari ini bertujuan memberi informasi dan pendedahan berkaitan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan AADK. - Gambar fail/Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Astro lancar Max di Ultra dan Ulti Box, bawakan lebih piilihan hiburan premium untuk kediaman di Malaysia
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi penstriman Max, servis platform penstriman oleh Warner Bros. Discovery.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Pentadbir WhatsApp ditembak mati selepas ahli tersinggung
Mushtaq didakwa mengeluarkan Ashfaq daripada kumpulan WhatsApp selepas satu pertengkaran.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.

Dua individu rugi lebih RM400,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM414,902.67.

Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah - Fuziah
Pemantauan Ops Catut Back to School 2025 di bawah AKHAP 2011 yang bermula dari 1 sehingga 16 Februari bertujuan memantau serta mendapatkan maklumat barangan pakaian sekolah.

WhatsApp perkenal ciri 'Tema Sembang'
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza.

Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.

KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.

Menteri Kesihatan UK dipecat PM Starmer susulan mesej WhatsApp
Andrew Gwynne, MP bagi kawasan Gorton dan Denton, telah dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan digantung keahliannya dalam Parti Buruh.