Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada 3.30 petang ini.
Pada masa sama , barisan exco kerajaan negeri juga akan ditubuhkan dalam masa seminggu.
Mukhriz berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meletakkan adun yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab bagi portfolio masing-masing.
Mukhriz Mahathir, diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon Menteri Besar jika BN kembali berkuasa di Kedah, menang di kerusi DUN Ayer Hitam.
Mukhriz menewaskan penyandang kerusi itu, Abd Ghani Ahmad, dengan majoriti 2,446 undi. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 3 petang hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4). Bagi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).
Bagaimanapun, BN tewas mengejut di kerusi Parlimen Alor Setar apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung tewas kepada calon PKR Gooi Hsiao-Leung dengan majoriti 1,873 undi.
Selain Chor, pemimpin utama BN yang lain menang di kerusi masing-masing.
Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mempertahan kerusi DUN Bakar Bata yang disandang sejak 1995.
Berdepan pertandingan tiga penjuru, beliau menang dengan majoriti 895 undi mengatasi Mohd Eekmal Ahmad (PKR) dan Jawahar Raja Abdul Wahid daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang bertanding buat pertama kali di Parlimen Jerai, berjaya merampas kembali kerusi itu daripada PAS.
Beliau menewaskan penyandang kerusi itu, Mohd Firdaus Jaafar, dengan majoriti 1,196 undi.
PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS, yang menyaksikan mereka hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.
Othman menang dengan majoriti 2,638 undi untuk menghadiahkan hatrik kalah pada PRU kepada Mohamad, yang tewas di Kuala Kedah pada 2004 dan Kuala Terengganu pada 2008.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menang di DUN Sungai Limau yang diwakili sejak 1995, menewaskan sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahan kerusi Parlimen Pokok Sena selepas menewaskan Datuk Shahlan Ismail dengan majoriti 3,935 undi.
Di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tewas kepada calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi.
Astro Awani
Mon May 06 2013
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
[TERKINI] Keir Starmer dijangka menang majoriti besar
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri Britain seterusnya Parti Buruh dipimpin beliau dijangka memenangi dengan majoriti besar dalam pilihan raya Parlimen.
Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry
Zambry berkata kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.