Program baru Trek Kempen di Astro AWANI sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kini memasuki episod yang ketiga.

Rancangan tersebut memaparkan liputan wartawan Astro AWANI dalam menjejaki dan mengikuti rutin seharian calon-calon baru dalam kempen mereka untuk Pilihan Raya ke-13 (PRU13).

Episod ketiga ini menampilkan Hj Mohd Yusof Din, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Selangor.

Selain itu, episod ini juga menampilkan Chua Yee Ling, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi DUN Kuala Sepetang, Perak.

Trek Kempen bersiaran setiap hari pada jam 9.30 malam.