Keperluan dan kehendak pengundi yang berbeza adalah antara salah satu cabaran yang dihadapi calon-calon baru ketika berkempen untuk pilihan raya ke-13 (PRU13).

Ini juga ketara dari pendekatan bersama rakyat tempatan supaya mesej sampai kepada sasaran.

“Di bandar pendekatannya lain, di kampung mungkin lain. Kalau kita jumpa dengan masyarakat Cina, ia perlu pendekatan yang berbeza dari masyarakat India.

"Sebelum saya sampai, kita akan minta maklumat-maklumat lebih awal supaya kita mudah mendekati dan apa yang kita ingin sampaikan tu, akan sampai ke sasarannya,” kata calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang Hj Ismail Mohamed kepada program Trek Kempen.

Calon BN untuk kerusi parlimen Petaling Jaya Utara Chew Hoong Ling turut berhadapan dengan cabaran yang sama.

“Ada yang berpendapatan rendah, sederhana, dan ada juga berpendapatan tinggi. Ia adalah satu cabaran kerana keperluan mereka berlainan.

"Pertama sekali, perkara-perkara berkaitan dengan masalah tempatan mesti dijaga. Yang kedua adalah masalah polisi dan undang-undang. Saya akan bawa suara mereka ke parlimen,” kata beliau.

Klik video untuk menyaksikan program Trek Kempen bersama Ismail Mohamed dan Chew Hoong Ling.

Trek Kempen bersiaran setiap hari pada jam 9.30 malam hanya di saluran Astro AWANI.