Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam hari ini mengkritik sikap ahli politik yang gemar memain serta membangkitkan isu perkauman sebagai modal politik mereka.
Beliau dalam satu sesi dialog anjuran Sinar Harian petang tadi, menyifatkan mereka sebagai ahli politik yang kehabisan modal.
Tun Musa juga berpendapat bahawa langkah yang beliau sifatkan sebagai terdesak itu juga menyumbang kepada kemusnahan negara.
"Kalau dia (ahli politik) guna isu perkauman untuk politik, dia adalah ahli politik yang bankrap," kata beliau pada sesi 'Bicara Minda: Survival Ekonomi Melayu' di Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
Kata beliau, banyak lagi isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara dan bukannya hanya isu perkauman yang bertujuan untuk menakutkan rakyat.
Sementara itu, Tun Musa menyatakan keyakinan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) apabila sasaran 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi hampir tercapai.
Beliau juga yakin bahawa dasar itu berjaya mencapai sasaran kerana dilihat kemiskinan tegar semua kaum telah dapat dikurangkan.
Beliau juga menyangkal pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ekonomi orang Melayu kini terancam.
"Apabila kita guna survival orang Melayu, ada yang mendakwa ekonomi ini makin serius dan terancam hingga berisiko untuk luput. Ini saya tidak setuju," tambah Tun Musa.
Program dialog dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dan dipengerusikan oleh bekas ketua pengarang New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad selaku moderator.
Haider Yutim
Tue Mar 12 2013


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

"Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak" - Musa Hitam
Kata Musa, segelintir pemimpin juga dilihat hanya memikirkan kehendak ingin berkuasa berbanding kepentingan rakyat.

"Saya tidak pernah lihat badan kehakiman negara bebas seperti hari ini" - Tun Musa
Institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak, tegas Musa.

Selesaikan COVID-19, bukan cari salah! - Musa Hitam
Semua Ahli Parlimen sepatutnya tidak melepaskan peluang besar berkenaan bagi menangani pandemik yang menjadi musuh yang tidak dapat dilihat.

Tun Musa Hitam harap kerajaan bina tugu peringatan di tapak Highland Towers
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyeru agar tapak tragedi Highland Tower diwartakan sebagai tugu peringatan.

RCI Memali: Musa Hitam cadang selepas PRU14, elak politik pancing undi
Musa yang juga menteri dalam negeri pada waktu itu menegaskan cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalahguna untuk kepentingan politik dan memancing undi.

Pucuk pimpinan perlu peka dengan kritikan Daim - Musa Hitam
Pucuk pimpinan negara perlu peka kepada pandangan dilontar Tun Daim Zainuddin untuk mengenal pasti sama ada betul atau tidak wujud krisis kepercayaan.

OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku terbaharunya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu.

Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut memuji kemampuan Tun Musa Hitam dalam memahami kehendak rakyat dengan mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan.

Letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib
Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya, termasuk bercuti, kekalkan jawatannya atau meletakkan jawatannya.

Sistem pemilihan UMNO perlu berkonsepkan bebas dan adil - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam berharap sistem pemilihan UMNO diberi penambahbaikan pada masa depan.