Malaysia Airlines (MAS) telah melunaskan 96 peratus tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kata Naib Presiden Kanannya Jaffar Derus Ahmad.
Beliau berkata dari 8 Mac hingga 21 April lepas, pihaknya telah menerima 124 tuntutan bayaran balik daripada 400 anggota keluarga penumpang warga China yang tinggal di Hotel Lido di sini.
Beliau berkata daripada jumlah tuntutan itu, sebanyak 86 peratus atau 106 tuntutan telah dibayar sepenuhnya kepada saudara mara penumpang.
"Ada sebanyak 10 tuntutan telah diluluskan oleh ibu pejabat dan kami sedang dalam proses memindahkan wang ke akaun anggota keluarga," katanya kepada sesi taklimat hairan kepada saudara mara penumpang MH370 di sini, Rabu.
Bagaimanapun, katanya, terdapat tiga tuntutan diluluskan oleh ibu pejabat MAS tetapi ditolak oleh waris penumpang.
Jaffar bagaimanapun enggan menjelaskan butiran tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China itu apabila ditanya oleh wartawan Malaysia selepas sesi taklimat itu.
Semasa taklimat itu, salah seorang waris, Jiang Hui berkata mereka tidak akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semasa lawatannya ke Beijing kecuali beliau boleh menjawab soalan teknikal berhubung MH370.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Hamzah, yang juga pengerusi jawatankuasa waris, sudah berada di Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga mangsa.
Difahamkan Hamzah berada di sini untuk menemui pihak berkuasa China bagi membincangkan isu-isu berkaitan kehilangan pesawat itu.
Pada sesi taklimat hari ini, waris penumpang mendesak wakil MAS supaya memberitahu nombor siri kotak hitam penerbangan MH370.
Mereka sukar menerima penjelasan walaupun Jaffar berulang kali menyatakan dokumen berkaitan MH370 'dikunci' oleh pihak berkuasa siasatan sejak hari pertama kehilangan pesawat itu.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kini tertumpu di bahagian selatan Lautan Hindi.
Bernama
Thu Apr 24 2014
![MAS bayar 96% tuntutan waris penumpang warga China MAS bayar 96% tuntutan waris penumpang warga China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51398299531_295x200.jpg)
![Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185959_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari
Seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman selama enam hari.
![Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723092516_astroshawhighcou.jpg)
Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council
Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
![Daim mohon penzahiran dokumen SPRM kes gagal isytihar 70 harta Daim mohon penzahiran dokumen SPRM kes gagal isytihar 70 harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723092659_TBTunDaimZainuddin.jpg)
Daim mohon penzahiran dokumen SPRM kes gagal isytihar 70 harta
Daim memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan penzahiran dokumen daripada SPRM, berhubung kes tidak mengisytiharkan 70 aset harta dihadapinya.
![PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723093148_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif
Polis sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta pihak-pihak yang terlibat untuk berkempen secara aman dan tidak mencetuskan provokasi.
Taylor Swift batal konsert di Vienna atas faktor keselamatan
Penganjur tiga konsert Taylor Swift di Vienna minggu ini umum membatalkan persembahan itu sepas pihak berkuasa mengumumkan penangkapan individu yang merancang melancarkan serangan di Vienna.
Tajuk hari kebangsaan 2024: Bas ulang-alik dan lebih 7,600 tempat letak kereta disedia
Lebih 7,600 tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan orang awam sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Polis tahan empat lelaki cubaan samun juruteknik di depan stesen minyak
Polis menahan empat lelaki warga tempatan disyaki terbabit cubaan samun bersenjatakan kayu di depan sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya, awal pagi Rabu.
Haiwan liar: Ular sawa bersarang di longkang
Sejumlah 28 ekor anak ular sawa dan seekor induk ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 Shah Alam, malam tadi.
Israel ikrar hapus pemimpin baharu Hamas
Israel berikrar untuk menghapuskan ketua baru Hamas, Yahya Sinwar, yang didakwa menjadi dalang dalam serangan 7 Oktober hingga menimbulkan ketegangan serantau, ketika perang Gaza memasuki bulan ke-11.
Ribuan rakyat Palestin dipaksa tinggalkan penempatan di utara Gaza
Memetik laporan antarabangsa, tentera Israel sebelum ini mengarahkan pengosongan Beit Hanoun dan kawasan sekitarnya sebagai persediaan untuk operasi ketenteraan dengan alasan ada tembakan roket dari kawasan itu.
![Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722779287_Umrahpesawatterge.jpg)
Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal
MAS berkata, kesemua penumpang telah disediakan tempat penginapan sementara, penerbangan baharu dijadualkan pada jam 9 pagi, 5 Ogos 2024
![Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722769296_Umrahpesawatterge.jpg)
Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.
![Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722311151_AMALMalaysiaAirlin.jpg)
Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun
Angka yang menjadi sasaran Amal ialah 40,000 jemaah umrah berbanding 20,000 penumpang setiap bulan ketika ini.
![Amal perkenal pakej umrah khas hargai GLC, rapat ukhuwah Amal perkenal pakej umrah khas hargai GLC, rapat ukhuwah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722225980_MalaysiaAirline.jpg)
Amal perkenal pakej umrah khas hargai GLC, rapat ukhuwah
Amal laksana promosi dan tawar diskaun harga bagi menjadikan pakej kami lebih murah berbanding dengan pakej-pakej lain sedia ada di pasaran.
![Taufan Gaemi: Malaysia Airlines batal penerbangan MH366 dan MH367 Taufan Gaemi: Malaysia Airlines batal penerbangan MH366 dan MH367](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/61556544492_MASaeroplane.jpg)
Taufan Gaemi: Malaysia Airlines batal penerbangan MH366 dan MH367
Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini susulan cuaca buruk yang disebabkan oleh Taufan Gaemi.
![Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721388051_MalaysiaAirlines.jpg)
Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas.
![Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719306549_GenericKLIA.jpg)
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
![Malaysia Airlines dijangka terima pesawat A330neo pertama pada suku ketiga 2024 Malaysia Airlines dijangka terima pesawat A330neo pertama pada suku ketiga 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720845271_MalaysiaAirlines.jpg)
Malaysia Airlines dijangka terima pesawat A330neo pertama pada suku ketiga 2024
Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat A330neo pertamanya pada suku ketiga tahun ini.