Kementerian Pengangkutan Malaysia akan meneliti laporan muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan akan memberikan kenyataan berkenaannya secepat mungkin, lapor AFP.
Ia susulan laporan eksklusif akhbar itu mengenai satu panggilan telefon yang telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.
Menurut laporan tersebut, sumber panggilan itu datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)
Setakat hari ini, tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.
Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.
Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.
Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.
Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.
Khalid berkata, lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan.
Astro Awani
Sat Apr 12 2014


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kehilangan MH370: Mungkin ada campur tangan pihak ketiga - Pasukan Penyiasat
Selepas mengupas satu per satu daripada hampir 60 dakwaan yang diterima, kini tinggal hanya tujuh kemungkinan.

Dana pencarian pesawat MH370 dilancar pujuk pemberi maklumat
Satu kempen bagi memungut dana telah dilancarkan bagi menggalakkan pihak swasta membantu dalam usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Nahas MH370 tidak boleh berulang lagi, tegas IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berikrar bahawa kehilangan pesawat komersial yang besar seperti nahas MH370 tidak boleh berulang lagi.

MH370: Lima pesawat tentera teruskan misi pencarian meskipun cuaca buruk
Kesemua pesawat terbabit akan meneruskan misi mereka namun kapten masing-masing akan menilai situasi dan menggunakan budi bicara sama ada meneruskan aktiviti.

Isyarat telefon bimbit Fariq dikesan di Pulau Pinang, lapor CNN
Namun di sebalik pendedahan itu, katanya tiada sebarang bukti untuk mengatakan Fariq telah cuba untuk menghubungi seseorang.

Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?
Menurut laporan eksklusif NST, satu panggilan telefon telah dibuat oleh Fariq Abdul Hamid sewaktu pesawat terbang rendah di ruang udara Pulau Pinang.

MH370: Fariq rancang berkahwin dengan juruterbang AirAsia
Pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Fariq Abdul Hamid, telah merancang untuk berkahwin dengan juruterbang AirAsia Nadira Ramli.