Mohamed Salleh berkata, biarpun permulaannya beliau berat hati dan lebih selesa jenazahnya di bawa pulang ke Pulau Pinang, namun selepas berbincang dia akhirnya bersetuju sekiranya jenazah anak sulung mereka itu dikebumikan bersama dengan mangsa-mangsa lain di Putrajaya.
Tambah beliau, mereka sekeluarga kini sedang menanti perkembangan lanjut berhubung proses membawa pulang jenazah anaknya.
Nur Shazana adalah antara 15 anak kapal pesawat MH17 yang membawa 280 penumpang ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat berkenaan, yang dalam penjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.