NILAI:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan kunjungan ke Arab Saudi pada awal tahun depan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai status perjalanan ibadat haji rakyat Malaysia musim 2021.
Katanya, kunjungan berkenaan juga penting bagi mendapatkan butiran bagi pelaksanaan ibadah haji dan umrah dalam suasana normal baharu susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.
"Kita akan tengok secara menyeluruh kenyataan daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan kita juga akan cuba dapatkan satu maklumat rasmi mungkin pada Januari atau awal lagi dengan berkunjung ke Arab Saudi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Portal Jom Infaq Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, maklumat mengenai pelaksanaan ibadah haji ibadat haji dan umrah ke tanah suci akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan buat masa ini ia bergantung kepada keputusan Kerajaan Arab Saudi.
Pada 23 Sept lepas, media melaporkan kerajaan Arab Saudi membuat keputusan membenarkan jemaah luar negara menunaikan umrah bermula 1 Nov ini dengan dengan kapasiti dinaikkan sehingga 20,000 orang sehari.
Kerajaan Arab Saudi telah menggantung kemasukan jemaah untuk melakukan umrah ke tanah suci pada Mac lalu berikutan wabak COVID-19, tetapi membenarkan ibadah haji berlangsung dalam bilangan yang terhad sekali gus menjejaskan hasrat berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang memperketatkan prosedur operasi standar (SOP) di surau, masjid dan solat Jumaat memandangkan kes positif COVID-19 semakin meningkat dan membimbangkan, Zulkifli berkata keputusan akan dibuat berdasarkan unjuran kes secara keseluruhan.
"Kita tengok unjuran keseluruhannya dan akan memantau dari semasa ke semasa, Pada masa ini SOP sedia ada sudah mencukupi," katanya menambah perbincangan mengenai SOP tambahan jika perlu, akan dibincangkan dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Isnin ini.
Kes positif baharu tertinggi 287 yang dicatat hari ini, meletakkan Malaysia di peringkat awal gelombang ketiga penularan COVID-19 dengan jumlah kes positif COVID-19 meningkat kepada 11,771.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020
![Zulkifli akan ke Arab Saudi dapatkan maklumat status haji Zulkifli akan ke Arab Saudi dapatkan maklumat status haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600070377_TBDzulkifliMohamadA.jpg)
Zulkifli berkata, maklumat mengenai pelaksanaan ibadah haji ibadat haji dan umrah ke tanah suci akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -Gambar fail
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720063908_tbSimposiumAntaraba.jpg)
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
![Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51447947726_foreigndirectinves.jpg)
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
![Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718458345_TBMuhammadFakhrurR.jpg)
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
![KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714364678_RussiaIslamicWo.jpg)
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
![Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
![Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711966066_TBMasjidilHaram.jpg)
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
![Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711597226_AnwarIbrahim.jpg)
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
![Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
![Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710204941_MasjidTuankuMizan.jpg)
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
![Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710200083_MasjidSriSendayan.jpg)
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.