Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung laporan
kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.
"Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada pukul 3.45 pagi semalam," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada pukul 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.
Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik.
Bernama
Sat Oct 17 2015

Bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam. -Gambar fail

AS tarik balik status undang-undang sementara lebih 530,000 migran - Laporan
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melucutkan lebih 530,000 migran daripada status sah sementara.

Eda Ezrin reda sambut Aidilfitri di penjara
Eda Ezrin berkata, meskipun terpaksa menjalani tahanan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat dia bersyukur pada Allah selepas dibebaskan daripada tuduhan berat itu.

Rusia, Ukraine adakan rundingan di Jeddah bincang gencatan senjata
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.

Paris undi cadangan zon bebas kereta di ratusan jalan bandar
Penduduk Paris dijemput mengundi pada Ahad untuk menentukan sama ada zon bebas kenderaan akan diwujudkan di kawasan itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri
Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Spesies tuntung sungai terancam ditemui di Sungai Kuantan
Penemuan itu penting kerana tuntung sungai yang sebelum ini tidak ditemui di Pahang telah dikenal pasti populasi baharunya di Sungai Kuantan.

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor: Ahmad Zahid, Fahmi rafak sembah ucapan tahniah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Pang Ron-Su Yin perlu lebih garang - Peng Soon
Pasangan beregu campuran meningkat naik negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin perlu memiliki karakter berani dan bermain lebih garang seandainya mahu melangkah lebih jauh pada masa depan.

Bunyi bising, rupanya anak terbabit kemalangan maut
Arwah yang merancang bertunang tahun ini, disifatkan sebagai anak yang bertanggungjawab dan ringan tangan membantu adik-adiknya.

Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek yang merupakan individu tempatan itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis sahkan anggota terlibat kemalangan maut di Pagoh
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesahkan mangsa kemalangan maut di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Pagoh, pagi tadi adalah seorang anggota polis.

Mayat anak lelaki anggota polis lemas ditemui
Penemuan mangsa, Muhammad Faqih Mohd Fairuz, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kuala Sungai Muar berhampiran Marina Bay pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan anak
Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam Sungai Muar.

Kes tembak: Lima individu ditahan untuk bantu siasatan
Lima suspek lelaki yang berusia antara 30-an dan 40-an itu ditahan pada Sabtu dan hasil soal siasat mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu berkaitan dadah.

Penyebaran fotofit palsu suspek kes bunuh kerani boleh ganggu siasatan - Polis
IPD Muar nafi mengeluarkan fotofit yang tersebar di media sosial untuk mencari suspek kes rompak dan bunuh kerani wanita.