Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana Tanjung, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata, berdasarkan maklumat yang diterima kira-kira 6.45 petang, Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, dikatakan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya, Muhammad Faqih Mohd Fairuz berusia tujuh tahun.
"Bagaimanapun, dipercayai ketika kejadian berlaku air pasang besar dan arus begitu laju, menyebabkan bapa dan anaknya hanyut ke dalam sungai.
"Siasatan awal mendapati mangsa datang ke senteri Istana Tanjung untuk menghantar bungkusan makanan kepada rakannya yang bertugas di istana terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, difahamkan sebelum kejadian, Mohd Fairuz datang ke istana tersebut bersama Muhammad Faqih dan dua lagi anaknya yang berusia sembilan dan empat tahun.
Menurut Zaharudin, ketika mangsa menghantar makanan kepada rakannya, tanpa disedari Muhammad Faqih berlari ke jeti dan terjatuh ke sungai, manakala dua lagi anaknya itu selamat.
Katanya, gerakan mencari mangsa dan anaknya dilancarkan membabitkan beberapa pasukan penyelamat termasuk polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan.
Sehingga pukul 11.30 malam Isnin, operasi mencari belum menemui Mohd Fairuz dan anaknya. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 01 2019

Sehingga pukul 11.30 malam Isnin, operasi mencari belum menemui Mohd Fairuz dan anaknya. - Gambar fail
EU sokong pihak berkuasa Palestin mentadbir Gaza
EU menyokong Pihak Berkuasa Palestin sebagai pihak yang paling sesuai untuk mentadbir Gaza. Kaja Kallas mengutuk penyambungan semula perang di Gaza dan menyokong gencatan senjata. Beliau juga menegaskan bahawa keganasan oleh peneroka dan pembinaan penempatan baharu melemahkan prospek penyelesaian dua negara.
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Anak beritahu mahu ronda sebelum lemas
Mangsa anak ketiga daripada lima beradik itu memanggilnya dari luar rumah dan memaklumkan ingin terus bermain biarpun sudah keletihan.

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan anak
Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam Sungai Muar.