Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mendengar penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat yang dihantarnya kepada Federal Bureau of Investigation berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Wen Seng, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
"Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah beri keterangan dalam mesyuarat Kabinet. Kami telah dengar penjelasan yang diutarakan oleh beliau, kami bersetuju penjelasan yang diberi," katanya ketika ditanya pemberita sebab Ahmad Zahid menulis surat itu kepada FBI dan bukannya Kementerian Luar.
Anifah ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Alaihuddin Awang Mohd Taha dan Duta Timor-Leste ke Malaysia, Jose Antonio Amorim Dias di Wisma Putra di sini hari ini.
Mengenai butiran penjelasan yang diberi Ahmad Zahid, Anifah berkata soalan berkenaan wajar ditanya kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan.
Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.
Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.
Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan dia juga disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Berikutan penahanan Paul Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld telah memohon Ahmad Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F.Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.
Pada 18 Dis, 2014, Ahmad Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano menyatakan Phua bukan anggota kongsi gelap 14k dan kumpulan 14k tidak pernah wujud di Malaysia.
Bernama
Wed Jan 14 2015
Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks
FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.
FBI anggap tembakan di perhimpunan Trump sebagai 'cubaan bunuh'
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) masih belum mengenal pasti suspek penembak dalam serangan terhadap bekas Presiden Donald Trump di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump
Kejadian tembakan itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, FBI terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump
Perbicaraan berkemungkinan tidak akan bermula sebelum pilihan raya presiden AS pada November.
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
KDN dapatkan gambaran tepat 3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI
KDN sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini yang berada dalam senarai FBI.
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia meningkat, bermotifkan wang dan politik - Laporan
FBI mendakwa, serangan siber itu bukan hanya keuntungan, tetapi juga oleh penyangak yang cuba mendapatkan kelebihan ekonomi dan strategik.