GERIK: Tindakan pantas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap dua gajah liar yang tersesat di Kampung Padang di sini pada Jumaat lalu.
Gajah betina dan gajah jantan itu diselamatkan dalam tempoh 24 jam selepas dikesan berada di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah penduduk.
Operasi menyelamat dan translokasi dua gajah liar berkenaan dijalankan pada Selasa dengan bantuan gajah denak, Indah dan Suria dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Terengganu.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, operasi selama empat jam itu melibatkan 20 kakitangan termasuk Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.
"Gajah betina seberat dua tan berusia lingkungan 23 tahun dan gajah jantan 1.8 tan berusia 19 tahun itu dipercayai terpisah dari kumpulannya serta tersesat dari Hutan Simpan Gerik berhampiran.
"Kedua-dua mamalia ini dikesan pada Khamis dan ditangkap pada pagi Jumaat. Setakat ini, kami menerima aduan kerosakan pagar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik," katanya di sini.
Menurutnya, gajah yang diberi nama Yong Ana dan Yop Padang itu akan dilepaskan ke habitat asalnya di Hutan Simpan Royal Belum.
Sementara itu, penduduk, S Kalaiselvi, 49, berasa teruja dapat melihat gajah berkenaan secara dekat selepas beberapa kali mendengar haiwan itu bertempik dari hutan berhampiran.
Dia yang juga suri rumah turut berasa lega apabila Perhilitan berjaya menangkap gajah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Taman Temenggor di sini.
"Saya tidak percaya ada gajah kerana 10 tahun pernah bekerja di ladang ini, sekali pun tidak pernah dengar bunyi atau ternampak haiwan ini. Risau juga sebab dekat dengan rumah.
"Seawal jam 9 pagi, saya bersama empat ahli keluarga datang untuk melihat sendiri gajah-gajah ini. Biasanya kita jumpa gajah di tepi Jalan Gerik-Jeli atau zoo sahaja," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 14 2023

Gajah betina dan gajah jantan itu diselamatkan dalam tempoh 24 jam selepas dikesan berada di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah penduduk. - Gambar/ Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Yong Ana, Yop Padang tersesat berjaya dipindahkan
Tindakan pantas Perhilitan Perak berjaya menangkap dua gajah liar yang tersesat di Kampung Padang di sini pada Jumaat lalu.

Gajah sesat masuk penjara Kluang
Kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.