KLUANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor hari ini mengesahkan berlaku kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang, di sini, Isnin lepas.
Pengarahnya Aminuddin Jamin berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam dan menggegaskan tiga petugas jabatan itu ke lokasi.
Beliau berkata gajah dewasa itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya yang dikenali sebagai 'Grup Tenang', yang difahamkan kira-kira 15 ekor.
Menurut Aminuddin, susulan itu, pihaknya menghalau gajah tersebut dengan menggunakan kaedah 'tembak dan halau' serta mengiringinya hingga ke kawasan selamat.
"Kita ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak.
"Seterusnya, pihak Perhilitan akan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan provokasi terhadap gajah sekiranya bertembung dan berhubung dengan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Pemandangan dari luar kawasan Penjara Kluang. - Foto Facebook/Penjara Kluang Johor
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Perhilitan pantau kehadiran buaya di tasik Shah Alam
Perhilitan pantau kehadiran buaya di Tasik Shah Alam
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
Perhilitan sahkan terima aduan kehadiran harimau belang di Maran
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di Kampung Serengkam, Maran, semalam.
Gajah masuk kebun: Pekebun dinasihat bina parit, pagar elektrik
Para pekebun di sini dinasihatkan untuk mengambil langkah lebih efektif seperti pembinaan parit atau pagar elektrik gajah bagi mengurangkan gangguan haiwan liar khususnya gajah.
Tapir jantan sesat masuk bandar
Rakaman video tapir berkenaan yang hilang arah selepas tersesat mula tular di media sosial sejak Rabu sebelum ia berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang.
Perhilitan Pahang berjaya tangkap gajah jantan
Haiwan liar tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 12 tengah hari selepas operasi dijalankan sejak Ahad lalu.
Tiga Pos Orang Asli di Gua Musang bimbang ancaman gajah liar sejak minggu lepas
Lebih 2,000 penduduk penempatan masyarakat Orang Asli di Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Gob berdepan detik cemas apabila penempatan mereka diancam haiwan liar itu sejak minggu lepas.
2,958 haiwan liar berjaya dirampas Perhilitan
Sepanjang operasi terbabit, pihaknya telah merampas 114 ekor haiwan daripada spesies mamalia serta 344 bahagian.
Gajah liar ancam 500 Orang Asli Pos Brooke
Bukan sahaja merosakkan tanaman, malah ia masuk ke kawasan kampung dan menceroboh padang meskipun ketika penduduk sedang bermain bola.
Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang
Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya di lokasi penemuan tapak kaki tersebut berhampiran sebuah kampung di Batu Kikir, Jempol.