DUNGUN: Gelagat seekor tapir jantan dianggarkan seberat 250 kilogram yang tersesat di beberapa kawasan termasuk sekitar bandar dan perumahan di sini menarik perhatian penduduk setempat.
Rakaman video tapir berkenaan yang hilang arah selepas tersesat mula tular di media sosial sejak Rabu sebelum ia berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang, di sini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, kelibat tapir berkenaan telah dilihat di beberapa lokasi di sekitar Dungun sejak pagi Rabu.
"Dengar kata (difahamkan) tapir ni dah 'pusing' satu Dungun. Mula sedar pagi tadi alik (di sekitar) Pantai Teluk Lipat terus masuk ke bandar di Sura Gate.
"Dapat tangkap doh (dah) di Kampung Kubang Miang ni. Pihak berwajib akan ambik tindakan selanjutnya dan bawa ke tempat selamat.
"Tok ngulu (penghulu) kita dengan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) pun ada turut sama dalam misi menyelamat ni, "katanya melalui hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.
Menurut Wan Hapandi, haiwan itu tidak boleh dibiarkan merayau di kawasan penempatan manusia memandangkan ia dikategorikan dalam spesies terancam.
"Bimbang nye (ia) repuh (dilanggar) kenderaan jadi susah pulok (pula) nanti," tulisnya.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir berkenaan berjaya ditangkap dan akan dibawa ke lokasi lebih selamat.
"Tapir itu berjaya ditangkap oleh pihak Perhilitan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), JPKK dan orang awam,"katanya ketika dihubungi, di sini pada Rabu.
Satu video tular berdurasi 30 saat yang di muat naik tengah hari tadi menunjukkan tapir itu berada di hadapan sebuah kedai kek dan roti di bandar Dungun sebelum berlari ke kawasan lain.
Selain itu, turut mencuit perhatian ialah video yang dimuat naik menerusi platform Tik Tok yang menunjukkan gelagat seorang lelaki berusaha mengejar tapir tersebut di dalam kawasan parit sebelum ia berjaya ditangkap. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 15 2023

Rakaman gambar menunjukkan tapir jantan itu berada di pintu masuk sebuah kedai kek di kawasan bandar di Dungun. -Foto media sosial
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Tapir jantan mati dirempuh kereta
Tapir dianggar berusia lima tahun itu dirempuh kereta jenis Proton X50 dipandu lelaki berusia 19 tahun, kira-kira 9.50 malam.

Tapir jantan sesat masuk bandar
Rakaman video tapir berkenaan yang hilang arah selepas tersesat mula tular di media sosial sejak Rabu sebelum ia berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang.