SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan mengesahkan tapak kaki didakwa harimau belang yang tular di kumpulan WhatsApp bukan tapak kaki haiwan pemangsa itu.
Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata, ia berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya di lokasi penemuan tapak kaki tersebut berhampiran sebuah kampung di Batu Kikir, Jempol.
"Pihak jabatan telah ke lokasi seterusnya berjumpa dengan individu yang mendakwa tapak kaki itu adalah harimau belang dan dia memaklumkan hanya membuat anggapan ia milik haiwan itu.
"Siasatan mendapati bahawa tapak tersebut adalah tapak spesies binatang lain dan sehingga kini tiada individu yang tampil membuat aduan kepada jabatan (Perhilitan)," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.
Sebelum ini tular gambar dan pesanan suara yang tersebar di WhatsApp mengenai tapak kaki yang didakwa milik harimau belang di sebuah kampung di Jempol sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Bagaimanapun, Nurul Ermi menegaskan pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya dan melakukan siasatan lanjut selain meneruskan pemantauan di kawasan sekitar.
"Selain itu, berdasarkan rekod jabatan pada tahun ini tiada laporan berhubung penemuan harimau belang sebaliknya kita menerima 14 aduan mengenai harimau kumbang, tetapi ada yang berasas dan ada yang tidak berasas.
"Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi terus Perhilitan bagi mendapatkan maklumat sahih supaya ia tidak menimbulkan suasana panik," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 21 2022

Gambar tapak kaki didakwa harimau belang tular di kumpulan WhatsApp. -Foto Sinar Harian

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Tapak kaki harimau ditemukan, penduduk berjaga-jaga
Seorang penternak berkata dia menemukan kesan tapak kaki itu ketika berada di Ladang Chin Teck, kira-kira 8.30 malam, Sabtu.

Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk
Penduduk Kampung Seberang Lembaga dan sekitar RPT Kesedar Sungai Terah, di Gua Musang, digemparkan dengan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau.

Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau
Perhilitan Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, dipercayai tapak kaki harimau.

Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang
Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya di lokasi penemuan tapak kaki tersebut berhampiran sebuah kampung di Batu Kikir, Jempol.