KUALA TERENGGANU: Seekor gajah betina yang dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan sebelum ia melarikan ke dalam hutan di Kampung Kolam, Setiu di sini malam tadi berjaya ditangkap hari ini.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Husin berkata gajah itu ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Besut di sekitar Telaga Papan, Setiu pada kira-kira 1 tengah hari tadi.
"Haiwan liar itu ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit berdekatan sebuah kampung iaitu kira-kira 20 kilometer (km) dari lokasi berlakunya kemalangan.
"Selepas ini gajah tersebut akan dihantar ke kawasan hutan simpan sama ada di Gerik, Perak atau Hulu Terengganu untuk dilepaskan semula jauh dari penempatan manusia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu Bernama melaporkan Sharul Azma Che Samaon, 42, terselamat selepas kenderaan jenis Porsche Cayenne dipandunya terlanggar seekor gajah sesat yang berada di tengah jalan di KM 45, Kampung Kolam di Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, malam tadi.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan dipandunya rosak di beberapa bahagian hadapan antaranya cermin retak, bampar dan lampu pecah selain kemek pada bonet dan 'fender'.
Gajah tersebut yang sebelum itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan pada 6.30 petang, dilaporkan cedera di bahagian kaki sebelum melarikan diri dengan masuk ke kawasan hutan kira-kira 10 minit selepas perlanggaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Seekor gajah betina yang dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan sebelum ia melarikan ke dalam hutan di Kampung Kolam, Setiu malam tadi berjaya ditangkap hari ini. -Gambar fail/PDRM
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Keputusan analisis ke atas harimau baham dua lelaki dijangka diketahui dua, tiga minggu lagi
Keputusan itu akan diperoleh setelah melalui beberapa proses pemeriksaan terhadap harimau tersebut, termasuk pengambilan sampel DNA dari najis haiwan.
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
Lindungi unsur nadir bumi, galian fokus baharu Operasi Bersepadu Khazanah
Segala khazanah negara perlu dipelihara dan dilindungi agar tidak diceroboh serta diterokai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
NRES laksana kajian cegah harimau keluar habitat asal
NRES akan menjalankan kajian menyeluruh untuk mencegah atau mengelak harimau keluar dari habitat asalnya seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
Enam kes pencerobohan direkodkan di Taman Negara Terengganu
Seramai 13 individu termasuk warga Kemboja dan Vietnam ditangkap dan kes terbaharu melibatkan seorang warga Kemboja awal tahun ini.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.