KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menafikan hujah pendakwaan yang mengatakan tidak ada satu sen pun wang dari Yayasan Akalbudi disumbangkannya untuk tujuan kebajikan.
Beliau berkata demikian ketika prosiding membela diri hari ketiga bagi kes 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana yayasan itu di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di sini, pada Jumaat.
Sebaliknya tambah beliau, sumbangan sebanyak RM109 juta yang dimaklumkan beliau dalam keterangan sebelum ini hanyalah anggaran kasar yang jauh lebih rendah berbanding jumlah asal sumbangan yang disalurkan.
"Yang Arif jumlah RM109 juta merupakan hanya sebahagian sahaja daripada sumbangan yang telah diberikan.
"Oleh kerana banyak sumbangan yang diberikan itu tidak disenaraikan kerana prinsip tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahui maka jumlah itu adalah melebihi jumlah yang dinyatakan peguam bela saya tadi.
"Yang Arif, di hari Jumaat ini saya tidak mahu menyanggah, sebarang penyataan yang telah dibuat mana-mana pihak, sebagaimana prinsip yang telah saya pegang, kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu ketahui.
"Maka di hadapan Yang Arif, saya terpaksa memberikan perakuan bahawa penyataan yang mengatakan tidak ada satu sen wang daripada Yayasan Akalbudi dibelanjakan untuk kebajikan dan menolong hal-hal keagamaan apatah lagi orang miskin adalah tidak benar," katanya.
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menuntut mahkamah memberikan keadilan berdasarkan kebaikan yang dilakukan untuk tujuan kerja amal jariah, keagamaan dan golongan miskin.
"Dalam hal ini saya mahu Yang Arif, keadilan diberikan kepada saya sebab apa yang saya lakukan adalah kebaikan.
"Wang daripada sumber saya sendiri, pendapatan saya sendiri, elaun saya sendiri, perniagaan saya sendiri. Saya masukkan dengan tujuan yang baik untuk yayasan yang saya buat sendiri.
"Adakah ini merupakan sesuatu yang harus dikenakan, diaibkan, dimalukan dan dizalimi kepada saya?," soal Ahmad Zahid.
Beliau bagaimanapun mengakui kewujudan kelemahan teknikal yang disebabkan beberapa pihak terutamanya membabitkan Setiausaha Syarikat.
Perbicaraan bersambung pada 23 Mei ini.
Pada 24 Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Sequerah berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsur dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Untuk rekod, Ahmad Zahid didakwa buat pertama kali pada 19 Oktober 2018 di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan tersebut.
Umavathi Ramayah
Fri Apr 15 2022
Ahmad Zahid tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, untuk prosiding bela diri bagi 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi beliau. - Foto BERNAMA
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
24 projek KKDW yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022 siap sebelum RMK13 - Ahmad Zahid
Sejumlah 24 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022, akan siap sebelum pelancaran RMK13.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.