KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Ahmad Fauzi menerima SPDK dalam majlis di Istana Seri Kinabalu di sini disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Terdahulu Ahmad Fauzi tiba di Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 4 petang tadi bersama isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor dan rombongan dari Istana Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan kunjung hormat ke atas Juhar.
Ahmad Fuzi dan isteri kemudian menandatangani buku kehadiran tetamu istana sebelum dibawa ke Dewan Kunjungan Utama bagi kunjungan hormat berkenaan.
Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan menerima kunjungan hormat itu yang diadakan sempena lawatan rasmi Ahmad Fuzi serta isteri ke Sabah selama enam hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.
Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Ahmad Fuzi, Mohd Abdul Rahman Ismail ketika ditemui pemberita berkata kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah.
Mengenai lawatan rasmi Ahmad Fuzi ke Sabah, Mohd Abdul Rahman berkata ia diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TYT Pulau Pinang itu yang ke-72 dengan antara lain menyaksikan satu kejohanan Golf Piala TYT 2021 di sini akan berlangsung pada 21 Dis ini.
Ahmad Fuzi turut dijadual menghadiri taklimat pembangunan Sabah di Menara Kinabalu di sini esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang pada 30 Jan
Pejabat Ketua Menteri menjemput orang ramai menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung selama dua jam, bermula 2 petang.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.

DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terima kunjungan hormat PM Anwar
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Mutiara, George Town.

P. Pinang anjur pameran didik masyarakat pelajari institusi gabenor
Pameran 'Dari Gabenor ke TYT' beri peluang kepada masyarakat mempelajari sejarah institusi gabenor negeri yang bermula sejak 1705.

TYT harap P. Pinang ambil iktibar modenkan bidang pertanian
Tun Ahmad Fuzi mahu kerajaan Pulau Pinang ambil iktibar dari negara-negara lain yang berjaya memodenkan bidang pertanian negeri.

Yang Dipertua Negeri P. Pinang terima darjah kebesaran tertinggi Sabah
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Yang di-Pertua Pulau Pinang solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri
Ahmad Fuzi diiringi isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Razak Jaafar dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.