GEORGE TOWN: Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri di sini, pagi tadi.
Ahmad Fuzi tiba pukul 8.50 pagi diiringi isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Razak Jaafar dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Solat sunat serta khutbah Aidilfitri yang bertemakan ‘Keriangan Di Sebalik Ujian' diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Nordin Samah, di hadapan kira-kira 50 jemaah.
Turut hadir, Mufti Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan.
Pulau Pinang hari ini membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu menjalankan solat sunat Aidilfitri secara penggiliran.
Sesi pertama akan bermula pukul 8.30 hingga 9.15 pagi diikuti sesi kedua pukul 9.45 hingga 10.30 pagi dan seterusnya sesi ketiga pukul 11 pagi hingga 11.45 pagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 13 2021
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (dua dari kiri) menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri, George Town, pada Khamis.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Yang di-Pertua Pulau Pinang solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri
Ahmad Fuzi diiringi isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Razak Jaafar dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.