GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mahu kerajaan Pulau Pinang ambil iktibar dari negara-negara lain yang berjaya memodenkan bidang pertanian negeri dalam usaha meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan negara.
"Dalam kita melangkah ke era teknologi revolusi perindustrian keempat, amalan pertanian harus dimodenkan agar pengeluaran dan pendapatan para peladang dan petani dapat ditingkatkan selaras dengan kemajuan teknologi dan peredaran zaman," katanya dalam ucapan Hari Pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri 2022 di Dewan Sri Pinang hari ini.
Beliau berkata usaha sewajarnya perlu dipertingkat bagi menarik generasi muda usahawan tani untuk menyumbang kepada nilai tambah pertanian serta membolehkan Pulau Pinang menyumbang ke arah meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan negara.
Selain itu, pelbagai agensi penyelidikan kerajaan serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu bekerjasama untuk memajukan sektor berkenaan.
"Antara kaedah dapat dilaksanakan adalah penggunaan varieti tanaman yang mengeluarkan hasil tinggi dalam tempoh masa singkat, penggunaan input pertanian menggalakkan pertumbuhan dan aplikasi teknologi moden tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman," katanya.
Beliau berkata dalam tempoh pemulihan ekonomi ini, Pulau Pinang diuji pula dengan pelbagai cabaran termasuk gangguan rantaian bekalan melibatkan tenaga kerja serta bekalan cip semikonduktor.
"Cabaran-cabaran ini sebenarnya dihadapi di seluruh dunia. Saya yakin, dengan asas-asas ketahanan dibina selama ini, jalinan rangkaian infrastruktur dan industri yang kukuh serta kerjasama awam-swasta, cabaran pemulihan ekonomi dihadapi dapat diatasi bersama," katanya.
Selain itu, Ahmad Fuzi turut menasihati semua rakyat yang belum mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk berbuat demikian dengan segera supaya mendapat perlindungan daripada virus berbahaya tersebut.
"Kita hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga kerana pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Rakyat yang belum dapat suntikan dos penggalak vaksin adalah dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (dua, kiri) menyampaikan ucapan pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan negeri sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-73 hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

TYT harap P. Pinang ambil iktibar modenkan bidang pertanian
Tun Ahmad Fuzi mahu kerajaan Pulau Pinang ambil iktibar dari negara-negara lain yang berjaya memodenkan bidang pertanian negeri.

TYT harap bekalan vaksin mencukupi di Pulau Pinang
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu memastikan bekalan vaksin COVID-19 di negeri itu mencukupi.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi
Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun.