IPOH: Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak hanya tertumpu kepada usaha mengekang aktiviti penyeludupan hidupan liar tetapi turut fokus kepada khazanah alam negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan badan itu turut menumpukan kepada kecurian sumber asli dan bahan mineral.
"Biro ini tidak hanya tumpukan kepada sindiket pemburuan hidupan liar seperti Harimau Malaya sahaja, mineral seperti REE, pembalakan, perlombongan emas secara haram dan lain-lain yang melibatkan khazanah alam akan diberikan keutamaan.
"Jenayah alam sekitar perlu diberikan perhatian dan diharap mampu membuka mata banyak pihak bahawa jenayah ini akan memberi kesan yang amat buruk jika tidak dibanteras segera," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Lapang Sasar Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini.
Turut hadir, Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali; Timbalan Pengarah KDNKA WCB/PSK Bukit Aman, SAC Azlin Sadari dan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.
Razarudin berkata Harimau Malaya terus diancam kepupusan akibat aktiviti pemburuan haram dan usaha memelihara habitat ini bakal membawa semula keseimbangan ekosistem negara.
"Permintaan tinggi terhadap hampir setiap bahagian pada Harimau Malaya menyebabkan nilai pasaran spesies terancam itu mencecah RM259,000 seekor ketika ini.
"Jika dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), pemburuan haram Harimau Malaya yang direkodkan sejak 2021 hingga 2022 sebanyak 71 kes," katanya.
Katanya, setakat ini WCB/PSK dianggotai oleh 78 pegawai dan anggota malah biro berkenaan akan menggunakan kepakaran polis dalam bersama-sama membantu Perhilitan dan agensi kerajaan berkaitan dalam usaha menangani isu terbabit.
"Buat masa ini kekuatan biro ini mencukupi kerana dalam KDNKA kami ada bantuan daripada 69 Komando, Unit Tindakan Khas (UTK) dan kepakaran anggota Senoi Praaq yang boleh membantu.
"Kami percaya kerjasama baik dan mapan ini dapat diteruskan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Razarudin (dua, kiri) memberi tabik hormat ketika hadir merasmikan Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia. -Bernama
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.
Semua premis GISB di Sabah, Sarawak tidak lagi beroperasi - KPN
Semua premis berkaitan GISB di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi susulan Op Global dijalankan PDRM baru-baru ini.
Polis kesan individu rakam video turunkan Jalur Gemilang - KPN
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam merakam video menurunkan Jalur Gemilang dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia.
PDRM mahu kongsi kemahiran dengan agensi penguat kuasa lain - KPN
PDRM berhasrat berkongsi kepakaran dimiliki pasukan itu dengan agensi penguatkuasa lain menerusi pelbagai kursus yang boleh dianjurkan pada masa hadapan.
Ahli GISB didapati amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
Kes GISB: 156 lagi ditahan, 187 mangsa bawah umur diselamat – KPN
Fasa keempat Op Global terhadap GISB yang bermula pada 21 September lepas, menyaksikan seramai 156 lagi individu ditahan dan 187 lagi mangsa diselamatkan.