KUALA LUMPUR: Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sn Bhd yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta telah dibekukan, setakat ini.


Ringkasan AI
  • Pembekuan Akaun: Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta telah dibekukan oleh polis.
  • Tindakan Mengikut Undang-Undang: Pembekuan akaun dan harta berkait GISB dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
  • Penyitaan Harta: Selain pembekuan akaun, polis turut menyita 19 kereta, sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan, dan pelbagai jenis haiwan bernilai RM230,000.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta dan satu akaun bank bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).

Menurutnya, tindakan pembekuan akaun dan harta berkait GISB itu dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

"Selain itu, kita turut menyita 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Razarudin memberitahu, tindakan penyitaan dilakukan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).