Ringkasan AI
- Tiket Konsert GenKRU habis dijual dalam tempoh satu jam selepas pembelian secara dalam talian dibuka pada jam 11 pagi Jumaat. Penganjur, Iman Tang, mengucapkan terima kasih kepada peminat KRU atas sambutan luar biasa ini.
- Sambutan yang luar biasa ini menyebabkan penganjur bersetuju untuk menambah satu hari lagi untuk konsert tersebut. Penjualan tiket untuk hari kedua akan diumumkan kelak.
- Seramai 10,000 pembeli tiket bersedia untuk membeli tiket seawal 8.30 pagi, menunjukkan penghargaan dan respons positif untuk artis tanah air.
Pihak penganjur iaitu Iman Tang yang juga pengasas Icon Entertainment mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU habis dijual pada pukul 12 tengah hari.
"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Fenomena ini sudah dijangka kerana melihatkan populariti dan profil KRU yang merupakan salah satu ikon negara kita.
“Kita buka pembelian tiket pada pukul 11 pagi tadi dan kini habis dijual.
“Namun kami rasa lebih terharu dengan sambutan yang di luar jangkaan awal dan tiket sudah sold out.
“Seramai 10,000 pembeli tiket sudah bersedia untuk 'battle' tiket seawal 8.30 pagi. Saya kira ini merupakan satu penghargaan dan respons positif untuk artis tanah air kita,” ujarnya.
Disebabkan sambutan itu juga, penganjur juga bersetuju untuk menambah satu hari lagi untuk konsert itu.
“Atas permintaan ramai, ICON ENTERTAINMENT akan mengumumkan tentang konsert hari kedua dalam masa terdekat.
“Penjualan tiket hari kedua juga akan diumumkan kelak,” katanya. -Gempak