PUTRAJAYA:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.
MCMC dalam kenyataan di sini berkata, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.
"Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp.
"Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer," katanya.
Justeru, MCMC menyeru agar pengguna berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan enam digit WhatsApp daripada mesej orang yang dikenali seperti rakan atau ahli keluarga atau panggilan orang yang tidak dikenali atau pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp serta pihak lain termasuklah pihak berkuasa.
"Para pengguna diingatkan agar tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan enam digit WhatsApp kepada mana-mana pihak," katanya.
MCMC berkata pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp disaran untuk mengikuti langkah seperti di pautan https://faq.whatsapp.com/general/account-and- profile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.
"Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran," katanya.
Laporan juga boleh dibuat kepada MCMC menerusi saluran portal aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my, e-mel: aduanskmm@mcmc.gov.my atau WhatsApp: 016-220 6262.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

MCMC menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

MCMC terbit laporan Rundingan Awam Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik)
MCMC hari ini menerbitkan laporan mengenai Rundingan Awam berhubung Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial.

Mohamad Salim dilantik semula sebagai Pengerusi MCMC
Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.

MCMC nafi jadi alat kerajaan untuk tutup mulut pengkritik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.

MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G
MCMC akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan.

MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar
MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bertindak mengikut akta bukan sekat kebebasan media, MCMC jawab RSF
Tindakan yang dibuat adalah bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah.

Jangan muat naik, kongsi kandungan hina Institusi Diraja - SKMM
SKMM akan pantau dan tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan diambil terhadap pihak yang melakukannya.

KKD tidak kekang kebebasan media lapor berita - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak akan mengekang kebebasan pengamal media di negara ini untuk melaporkan berita.

MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyiasat laporan dikeluarkan Awesome TV.

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022
Sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.