JOHOR BAHRU: Cubaan seorang penumpang feri warga Indonesia menyembunyikan 1,000 ekor lipan hidup dalam bungkusan tidak berjaya apabila dikesan semasa pemeriksaan di Terminal Feri Stulang Laut di sini pada Isnin.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis menemukan lipan hidup itu pada jam 1 petang.
"Kesemua lipan hidup yang cuba dibawa masuk itu dianggarkan bernilai RM1,750.
"Menurut lelaki warga Indonesia berusia 30-an itu, dia yang merupakan penumpang feri dari Batam, Indonesia mendakwa lipan itu dibawa masuk untuk dijadikan makanan untuk ikan.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta ini," menurut satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
"Pihak Maqis menasihati semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia," tambah kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 08 2021

Maqis Johor merampas lebih kurang 1,000 ekor lipan hidup daripada seorang penumpang lelaki warga Indonesia di Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru, pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Warga Indonesia ditahan bawa 1,000 lipan hidup dalam feri
Penumpang feri dari Batam, Indonesia itu mendakwa lipan tersebut dibawa masuk untuk dijadikan makanan untuk ikan.