KAJANG: Kereta dipandu seorang warga emas terbabas merempuh sebuah kedai makan di Batu 13, Hulu Langat di sini selepas wanita berkenaan pitam dalam kejadian pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 63 tahun itu tiba di kawasan parking hadapan kedai makan terbabit.
"Wanita itu dikatakan ingin tekan brek tetapi tertekan pedal minyak akibat pitam.
"Kenderaan berkenaan gagal dikawal lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parking sebelum merempuh masuk ke dalam kedai makan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, seorang pelanggan wanita yang ketika itu sedang mengambil makanan cedera dan telah dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.
Katanya, insiden itu mengakibatkan kerosakan harta benda di kedai makan terbabit.
"Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," ujarnya.
Mohd Zaid menasihatkan pemandu kenderaan agar memastikan tahap kesihatan yang baik sebelum memandu kenderaan di atas jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
"Pengusaha premis perniagaan makanan juga dinasihatkan agar memasang besi keselamatan atau sesuatu struktur yang kukuh agar dapat mengelakkan kemalangan yang seumpamanya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 29 2022
![Warga emas pitam, kereta dipandu rempuh kedai makan Warga emas pitam, kereta dipandu rempuh kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648596505_WargaRempuh.jpg)
Sebuah kereta yang dipandu wanita warga emas merempuh kedai makan di Batu 13, Hulu Langat, pada Isnin selepas dikatakan pitam dan tertekan pedal minyak. -Foto Sinar Harian
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736925449_nahasempatkenderaa.jpg)
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
![Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736591278_MuhammadKifliMaHa.jpg)
Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.
![Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735974205_lori.jpg)
Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.
![Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.
![Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734516735_tbDatukAedyFadlyR.jpg)
Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.
![Penunggang motosikal maut langgar belakang lori Penunggang motosikal maut langgar belakang lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734590900_TBkemalangan.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.
![Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731859646_MohdYusriHassanB.jpg)
Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.
![Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734086972_TBMahkamah.jpg)
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
![Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733758133_ACCIDENTAMBULANCE.jpg)
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
![Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733487398_kemalangan.jpg)
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.