Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu Solat Jumaat di Masjid Bandar di sini pagi Jumaat.
Abd Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut itu difahamkan sedang mengaji Al-Quran sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam satu kenyataan malam ini berkata orang awam yang sedar kejadian itu menghubung Hospital Tawau untuk bantuan segera.
"Anggota paramedik yang tiba di masjid tersebut melakukan pemeriksaan terhadap warga emas ini sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, Abd Muhlis mempunyai penyakit darah tinggi dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 25 2019
Menurut polis, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Warga emas meninggal dunia ketika mengaji Al-Quran
Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar di sini pagi tadi.