IPOH: Warga emas yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di Taman Bercham Aman, minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan yang ditemui semasa program korban perdana anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Kampung Rapat, pada Rabu.
Menurutnya, suspek yang berusia 61 tahun itu akan didakwa atas dua tuduhan membunuh.
Jumaat lalu, suspek direman tujuh hari yang akan berakhir esok.
Pada Khamis, pasangan suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh.
Mangsa, Ng Chun Hon, 64 dan isterinya, Ooi Tin Lu, 59, dipercayai dibunuh pada Rabu malam.
Suspek kemudiannya berjaya diberkas di Cameron Highlands, Pahang, kira-kira jam 7.45 malam Khamis, kira-kira 11 jam selepas polis menerima laporan mengenainya.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataannya berkata, polis turut menjumpai sebilah kapak yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.
Bagaimanapun, katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 13 2022
Jumaat lalu, suspek direman tujuh hari yang akan berakhir esok.- Gambar fail
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Warga emas rugi RM136,000 terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili..
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Polis buka buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang mengheret seekor kucing menggunakan jaring dipercayai kerana selalu membuang najis di hadapan rumahnya.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.