KUALA LUMPUR: Bagai jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran nasib seorang warga emas apabila lot rumah kedai yang baru disewanya selama dua minggu, terbakar dalam insiden kebakaran di Jalan Datuk Haji Eusoff, di sini, petang semalam.
Maimun Mohd Wahi, 64, berkata dia turut terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini apabila rumah yang disewa di Taman Chendana, Kampung Baru, di sini, turut dinaiki air yang memaksanya berpindah ke rumah kedai terbabit.
Menceritakan detik cemas dalam kejadian kebakaran itu kepada Bernama, Maimun berkata dia hampir hilang nyawa apabila kepulan asap daripada kebakaran dari tingkat satu pantas memenuhi ruang kediamannya, sekali gus menyukarkannya bernafas.
"Pada waktu itu, asap hitam memenuhi ruang rumah saya. Saya tidak dapat lihat dengan jelas kerana asap begitu tebal dan sukar untuk bernafas.
"Saya terus menuju ke arah tingkap dan membukanya untuk keluarkan kepulan asap itu. Saya melambaikan tangan dan menjerit di tingkap bagi meminta pertolongan," katanya dengan linangan air mata.
BACA: Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh
Maimun dalam pada itu turut memuji tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam melaksanakan kerja-kerja menyelamat penghuni di lokasi semasa kejadian.
"Saya nampak jentera bomba tiba di lokasi dan mereka (anggota bomba) terus bergegas naik untuk selamatkan kami. Bomba menarik saya keluar dan suruh saya capai kain basah untuk menutup muka. Syukur saya telah diselamatkan.
"Saya rasa kalau lewat sedikit sahaja sudah tentu lebih banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku," katanya yang turut memaklumkan bahawa dia hampir pengsan kerana kesukaran bernafas.
Seorang lagi mangsa Harun Long, 68, berkata semasa kejadian dia tidak berada di lot rumah kedai yang sewanya, yang dipanggilnya 'rumah' itu.
"Saya semasa kebakaran itu sedang berada di kedai makan berhampiran dan tiba-tiba banyak jentera bomba datang dan saya ingat terbakar di tempat lain. Allahuakhbar, rupanya asap tebal hitam keluar dari rumah saya," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat turut berada di lokasi kejadian, untuk membantu mangsa kebakaran di bangunan rumah kedai empat tingkat di Jalan Datuk Haji Eusoff, di sini, pada 5 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
![Warga emas berkongsi detik cemas rumah kedai terbakar Warga emas berkongsi detik cemas rumah kedai terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642034426_JabatanBombadanPe.jpg)
Antara mangsa yang terlibat kejadian kebakaran rumah kedai di Jalan Datuk Haji Eusoff, Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto Bomba KL
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739684716_TBTAPAHKEBAKARAN.jpg)
Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.
![Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739422471_Limaberanakrentung.jpg)
Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong
Ketika terjaga daripada tidur dan mahu minum air, Ab Kahar terdengar bunyi bising meminta tolong dan bunyi berlari dari rumah jirannya.
![Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin
JBPM Melaka terima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari BBP Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.
![Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734766466_MatiMayatBunuh.jpg)
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
![Jeritan jiran selamatkan enam beranak daripada rentung Jeritan jiran selamatkan enam beranak daripada rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735621244_rentung.jpg)
Jeritan jiran selamatkan enam beranak daripada rentung
Mangsa tidak sempat menyelamatkan barangan dan dokumen penting termasuk buku sekolah berikutan api marak dengan cepat dalam tempoh lima minit selepas kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu.
![Tujuh rumah terbakar, 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang Tujuh rumah terbakar, 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734389521_TBterbakar.jpg)
Tujuh rumah terbakar, 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran dapat dikawal dalam masa 20 minit dan dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.
![Pesakit strok rentung, adik melecur cuba selamatkan abang Pesakit strok rentung, adik melecur cuba selamatkan abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731824266_Kebakaran.jpg)
Pesakit strok rentung, adik melecur cuba selamatkan abang
Seorang pesakit strok ditemukan rentung manakala adiknya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Jalan Batu Sapi Karamunting pada Ahad.
![Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731641082_Wargaemasrentung.jpg)
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
![Rumah, tiga kenderaan musnah terbakar di Kamunting Rumah, tiga kenderaan musnah terbakar di Kamunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729547600_TBkebakaran.jpg)
Rumah, tiga kenderaan musnah terbakar di Kamunting
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.12 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping ke lokasi.
![Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728262394_wargaemas.jpg)
Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Lo Hiong Lan yang tinggal sendirian ditemukan di ruang tamu tingkat bawah rumah.