KUALA LUMPUR: Seorang wanita menempuh detik hitam apabila dicabul di sebuah pasar raya di Selayang dekat sini Selasa lalu.


Ringkasan AI
  • Wanita mengalami insiden cabul di pasar raya di Selayang pada Selasa lepas.
  • Video CCTV menunjukkan seorang lelaki menyentuh punggung mangsa ketika dia memilih barang.
  • Polis menerima laporan daripada mangsa dan sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa ketika itu memilih barang di satu ruangan dalam pasar raya berkenaan.

Video dipercayai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian itu kemudiannya menunjukkan seorang lelaki kemudiannya melepasi wanita itu sebelum tangannya dilihat menyentuh bahagian punggung mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, laporan dibuat mangsa yang merupakan warga tempatan berumur lingkungan 30-an.

"Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah premis di Selayang.

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian