Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Khalid Mohamad berkata, wanita warga tempatan berumur 48 tahun itu dipercayai keluar rumah seorang diri sebelum disedari suaminya kira-kira jam 5 pagi.
Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya membuat laporan berkaitan kehilangan isterinya di Balai Polis Sabak Bernam pada jam 8.09 pagi.
"Kehilangan mangsa kemudiannya dihebahkan sebelum anggota polis bertugas yang menjalankan rondaan menerima maklumat berkaitan penemuan mayat mangsa dalam keadaan berbaring di lokasi berkenaan kira-kira jam 9.15 pagi.
"Pemeriksaan dijalankan menemukan dua beg yang mengandungi baju, selipar serta beberapa dokumen termasuk kad pengenalan milik mangsa," katanya semalam.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kawasan semak berkenaan dengan bantuan anggota Balai Bomba Sabak Bernam.
"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku terhadap mangsa.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.
"Pemeriksaan lanjut dijalankan terhadap mangsa juga tidak menemukan sebarang kesan atau luka yang boleh dikaitkan dengan jenayah.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. - Sinar Harian