PUTRAJAYA: Wanita berusia 37 tahun yang terlibat dalam pertikaian undang-undang berhubung status agamanya membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikannya statusnya sebagai seorang Islam.
Peguamnya A.Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya telah memfailkan notis usul semalam, memohon kebenaran untuk meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan majoriti 2-1 telah membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula status wanita itu sebagai seorang Islam.
Rayuan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membatalkan status beragama Islam wanita itu pada 21 Dis 2021.
Dalam kes sivil, pihak litigan mesti mendapat kebenaran daripada mahkamah sebelum boleh memfailkan rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan.
Dalam permohonannya, wanita itu mahu Mahkamah Persekutuan menentukan empat persoalan undang-undang, antaranya ialah keadaan di mana perintah Mahkamah Syariah tidak sah, bolehkah perintah itu dicabar secara kolateral di Mahkamah Tinggi Sivil dan sama ada Perkara 121 (1A) Persekutuan Perlembagaan adalah terpakai.
Persoalan lain ialah sama ada Seksyen 74(3) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 menghapuskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk menentukan kesahihan pemelukan agama Islam seorang bawah umur.
Dalam saman pemulanya, wanita itu yang semasa dilahirkan pada 1986, berbapa seorang penganut agama Hindu dan ibu penganut agama Buddha, memohon perisytiharan bahawa dia bukan seorang yang menganut agama Islam.
Dia berkata ibunya memeluk Islam pada 1991 dan secara unilateral telah mengislamkannya, yang ketika itu berusia lima tahun, di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Wanita itu mendakwa penukaran agama itu berlaku semasa ibu bapanya dalam proses perceraian, yang kemudian dimuktamadkan pada 1992. Pada tahun berikutnya, ibunya berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam manakala bapanya meninggal dunia dalam kemalangan tiga tahun kemudian.
Wanita itu mendakwa walaupun memeluk Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu, agama yang dianuti sejak dilahirkan. Dia mendakwa tidak mengamalkan ajaran Islam.
Pada 12 Dis 2013, wanita itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam namun pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Syariah menolak samannya. Mahkamah Rayuan Syariah juga menolak rayuannya pada 1 Ogos 2017.
Selepas gagal di Mahkamah Syariah, wanita itu kemudiannya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam. Dia kemudiannya berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam.
Surendra berkata Mahkamah Persekutuan menetapkan 2 Mac untuk pengurusan kes bagi permohonan kebenaran merayu. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Wanita berusia 37 tahun yang terlibat dalam pertikaian undang-undang berhubung status agamanya membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikannya statusnya sebagai seorang Islam.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.

Keputusan rayuan terhadap perintah mahkamah kembalikan status agama Islam wanita ditangguh
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung rayuan seorang wanita terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.

Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.

Wanita fail kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah kembalikan status agamanya
Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan MAIS dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula status wanita itu sebagai seorang Islam.

Permohonan MAIS dapatkan kebenaran rayu kembalikan status agama 5 beradik ditolak
Penukaran agama lima anak seorang lelaki mualaf pada 2018 tanpa persetujuan ibu bukan Islam kekal tidak sah.

Isu status agama: Wanita kahwini pemain hoki India akan dipanggil - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata wanita itu akan dipanggil sebaik sekembalinya ke Malaysia.

Lindsay Lohan berhijab tapi kembali semula ke Hollywood
Selepas mengumumkan bakal melancarkan jenama hijabnya minggu lalu, Lindsay Lohan kembali semula ke Hollywood dengan rancangan televisyen baharu. Apa agenda dia sebenarnya?