PUTRAJAYA: Penukaran agama lima anak seorang lelaki mualaf pada 2018 tanpa persetujuan ibu bukan Islam kekal tidak sah setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ketua Pendaftar Muallaf Selangor untuk kebenaran merayu bagi mengembalikan semula status agama Islam mereka.
Tanpa kebenaran merayu itu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam lima adik-beradik itu kekal.
Dalam keputusan sebulat suara itu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata isu yang dibangkitkan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdula, yang bertindak bagi pihak MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf, telah diselesaikan melalui keputusan mahkamah dalam kes penukaran agama M. Indira Gandhi.
"Mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Tinggi) adalah betul dalam mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi," kata Hakim Tengku Maimun yang mengetuai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam kes Indira Gandhi pada 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan untuk menukar agama anak-anak kepada Islam.
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata peruntukan Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan jelas menyatakan bahawa seseorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam sekiranya dia berakal dan mencapai umur 18 tahun, atau jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu dan bapa mesti bersetuju dengan penukaran agama.
"Permohonan (oleh MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf) juga tidak memenuhi syarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk kebenaran diberikan," katanya.
Beliau turut memerintahkan MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf membayar kos RM30,000.
MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf memohon kebenaran untuk merayu selepas ibu kanak-kanak itu memfailkan permohonan semakan kehakiman, antara lain memohon perintah mahkamah supaya membatalkan pendaftaran dan pengisytiharan memeluk Islam anak-anaknya itu.
Wanita berusia 33 tahun itu menamakan bekas suaminya, pengerusi MAIS, Ketua Pendaftar Muallaf Selangor, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Pada 1 Nov 2018, bapa kanak-kanak itu memeluk agama Islam dan pada hari yang sama turut menukarkan agama lima anaknya itu tanpa kebenaran ibu.
Pada berkenaan, anak sulung berusia 10 tahun, manakala anak yang lain berumur sembilan, enam, lima dan tiga tahun.
Ibu tersebut hanya mengetahui anak-anaknya beragama Islam selepas menerima surat daripada MAIS pada 2019, mengesahkan pendaftaran penukaran agama Islam anak-anaknya.
Semasa membenarkan semakan kehakiman ibu itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi adalah mengikat mahkamah rendah dan enakmen Selangor dengan jelas menyatakan bahawa ibu dan bapa perlu bersetuju dengan penukaran agama mereka itu.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Tanpa kebenaran merayu itu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam lima adik-beradik itu kekal. - Gambar fail

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Enam tertuduh kes Zulfarhan dijangka keluar penjara 4 tahun lagi - Peguam
Beliau berkata, memandangkan mereka telah ditempatkan di penjara sejak tahun 2017, maka mereka masih ada baki empat tahun sahaja lagi untuk menyelesaikan hukuman itu.

Saya sedia maafkan tapi Zulfarhan tak akan hidup kembali - Ibu
Mereka tidak menyangka mahkamah akan membenarkan rayuan kesemua tertuduh yang menyebabkan kematian anak mereka.

Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati, penjara 18 tahun kekal
Hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kesemua lelaki itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.