PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama bekas guru sekolah itu ketika kematiannya ke mahkamah sivil.
Hakim Datuk S.Nantha Balan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, melontarkan saranan itu ketika mendengar rayuan yang dikemukakan oleh balu Raguram dan dua anak mereka.
"Bukankah lebih sesuai jika isu ini dibicarakan sepenuhnya," katanya sambil menambah bahawa MAIS mahupun keluarga Raguman boleh memfailkan permohonan berhubung perkara itu.
Nantha Balan, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Choo Kah Sing, berkata mahkamah menyerahkan perkara itu kepada kedua-dua pihak untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dan bagaimana mereka akan meneruskan kes tersebut sambil menambah bahawa ia adalah isu sensitif serta mempunyai pelbagai implikasi dalam beberapa bidang.
"Saya rasa saya perlu menjelaskan perkara ini sekiranya ia masih berlegar-legar dalam fikiran sesiapa bahawa panel ini tidak membuat sebarang keputusan. Kami hanya menggalakkan pihak berkaitan untuk meneruskannya," kata beliau.
Peguam MAIS Arham Rahimy Hariri dan Penolong Penasihat Undang-Undang negeri Khairul Nizam Abu Bakar, yang bertindak bagi pihak Mahkamah Tinggi Syariah serta Kerajaan Negeri Selangor, berkata mereka akan membincangkan perkara itu dengan anak guam masing-masing.
Nantha Balan kemudian menangguhkan prosiding dan menetapkan sebagai pengurusan kes.
Terdahulu, peguam K. Shanmuga yang mewakili M. Rajeswary dan dua anaknya berhujah bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah supaya Raguram dikebumikan mengikut agama Islam dan perintah itu hendaklah dibatalkan.
Beliau berkata MAIS sepatutnya memfailkan saman di mahkamah sivil dan menamakan keluarga Raguram sebagai pihak dalam kes itu sambil menambah bahawa mereka harus menjadi sebahagian daripada mana-mana kes mahkamah dalam isu bagi memutuskan status agama bekas guru tersebut kerana hak Rajeswary sebagai balu terjejas secara langsung.
Katanya MAIS sebaliknya telah membawa kes itu ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah mengisytiharkan bahawa Raguram adalah seorang Muslim dan meminta agar sepina dikeluarkan kepada Rajeswary untuk memberi keterangan.
Shanmuga berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sepina itu kerana balu Raguram bukan seorang Muslim.
Rajeswary dan kedua-dua anaknya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Nov tahun lepas yang menolak semakan kehakiman mereka.
Hakim Dr Shahnaz Sulaiman memutuskan bahawa mahkamah sivil tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan sama ada Raguram beragama Islam ketika kematiannya kerana perkara itu jatuh secara eksklusif dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Rajeswary dan anak-anaknya memfailkan semakan kehakiman itu pada September 2020 yang menamakan MAIS, Mahkamah Tinggi Syariah dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Mereka memohon deklarasi bahawa Raguram beragama Hindu ketika kematiannya dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa untuk menentukan status agamanya.
Keluarga itu turut memohon perintah melarang Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan MAIS menggali semula kubur Raguram.
Raguram telah dikebumikan mengikut adat istiadat agama Hindu pada 15 Mac 2020 dan MAIS memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam keesokan harinya.
Raguram tidak pernah mendaftar dengan pihak berkuasa agama Islam sebagai seorang Muslim dan tiada sijil penukaran agama dikeluarkan kepadanya manakala kad pengenalan menyatakan beliau adalah penganut agama Hindu.
Pada 21 Mei 2020, Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa Raguram adalah seorang Muslim ketika kematiannya dan membenarkan MAIS mengambil tindakan yang perlu untuk mendaftar serta mentadbir penukaran agama Raguram selain mengebumikan jasadnya mengikut agama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
![Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698666165_TBCourtHammer.jpg)
Hakim Datuk S.Nantha Balan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, melontarkan saranan itu ketika mendengar rayuan yang dikemukakan oleh balu Raguram dan dua anak mereka. - Gambar hiasan
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
![Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911973_TBKhlongHae.jpg)
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan meenrbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing serta force down bagi membuktikan kesiapsiagaan ketumbukan itu mempertahankan ruang udara negara.
AWANI Borneo [7/2/2025] – Hujan lebat berterusan| Wang saku mahasiswa Sarawak| Taman Teknologi Hijau Kota Petra
AWANI Borneo Jumaat, 7 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
![Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738927587_MahkamahKangarGag.jpg)
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
![Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738927525_Duapekerjamelecur.jpg)
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Keputusan rayuan terhadap perintah mahkamah kembalikan status agama Islam wanita ditangguh Keputusan rayuan terhadap perintah mahkamah kembalikan status agama Islam wanita ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Keputusan rayuan terhadap perintah mahkamah kembalikan status agama Islam wanita ditangguh
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung rayuan seorang wanita terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.
![Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698666165_TBCourtHammer.jpg)
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
![Wanita fail kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah kembalikan status agamanya Wanita fail kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah kembalikan status agamanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674750342_TBgavel.jpg)
Wanita fail kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah kembalikan status agamanya
Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan MAIS dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula status wanita itu sebagai seorang Islam.
![Permohonan MAIS dapatkan kebenaran rayu kembalikan status agama 5 beradik ditolak Permohonan MAIS dapatkan kebenaran rayu kembalikan status agama 5 beradik ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643195127_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Permohonan MAIS dapatkan kebenaran rayu kembalikan status agama 5 beradik ditolak
Penukaran agama lima anak seorang lelaki mualaf pada 2018 tanpa persetujuan ibu bukan Islam kekal tidak sah.
![Isu status agama: Wanita kahwini pemain hoki India akan dipanggil - Ahmad Marzuk Isu status agama: Wanita kahwini pemain hoki India akan dipanggil - Ahmad Marzuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607751632_TBAhmadMarzukShaary.jpg)
Isu status agama: Wanita kahwini pemain hoki India akan dipanggil - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata wanita itu akan dipanggil sebaik sekembalinya ke Malaysia.
![Lindsay Lohan berhijab tapi kembali semula ke Hollywood Lindsay Lohan berhijab tapi kembali semula ke Hollywood](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490277602_lindsay-header.jpg)
Lindsay Lohan berhijab tapi kembali semula ke Hollywood
Selepas mengumumkan bakal melancarkan jenama hijabnya minggu lalu, Lindsay Lohan kembali semula ke Hollywood dengan rancangan televisyen baharu. Apa agenda dia sebenarnya?