Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa yang berusia 21 tahun mendakwa kejadian pada 1.20 pagi itu berlaku sebaik sahaja dia memasuki kereta selepas selesai mengisi minyak.
Kejadian menyebabkan mangsa yang bekerja di Gebeng di sini, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Balok selepas berjumpa rakan di Indera Mahkota, kerugian RM2,500.
"Mangsa mendakwa sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya semasa dia baru masuk ke dalam kereta selepas mengisi minyak.
"Penumpang kereta itu keluar dan mengacukan parang sepanjang satu kaki ke arahnya sebelum mengambil telefon pintar iPhone 8 Plus yang berada di kerusi penumpang hadapan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad Noor menambah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu mendapati suspek yang bertubuh tegap memakai jaket hitam sehingga menutupi kepala selain menggunakan topeng mulut untuk melindungi identitinya serta bersarung tangan manakala rakan subahatnya menunggu di dalam kereta.
"Siasatan mendapati suspek telah berada di simpang masuk stesen minyak itu dipercayai untuk memerhati pelanggan yang datang sebelum meluru ke arah mangsa sebaik sahaja dia memasuki kereta," katanya.
Mohamad Noor menambah pihaknya kini giat mengesan kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati semasa mengisi minyak dan mengelakkan untuk berbuat demikian pada lewat malam dan awal pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
![Wanita diacu parang dalam kejadian samun di stesen minyak di Kuantan Wanita diacu parang dalam kejadian samun di stesen minyak di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520837588_PDRM.jpg)
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu mendapati suspek yang bertubuh tegap memakai jaket hitam sehingga menutupi kepala selain menggunakan topeng mulut untuk melindungi identitinya. - Gambar hiasan
Pengasuh ditahan, kanak-kanak dua tahun meninggal dunia
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia semalam akibat kecederaan pada kepala dipercayai selepas terjatuh di rumah pengasuhnya
Sebuah helikopter bawa 5 individu terhempas di utara Nepal
Pihak berkuasa memaklumkan helikopter tersebut berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi.
Derita dua gadis Palestin, hilang penglihatan akibat zionis
Maisa dan Yara, masing-masing berusia 14 tahun dan sembilan tahun kehilangan penglihatan susulan serangan Israel sebuah sekolah pada 26 Julai lalu.
Penggunaan sistem digital lancarkan persidangan dewan - Johari
Penggunaan sistem digital dilihat penting dalam mentransformasikan perjalanan persidangan Dewan Rakyat.
Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter mulai Khamis
Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan lima sen kepada RM3.30 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula 8 hingga 14 Ogos ini.
Hotel runtuh di Jerman, seorang maut, lapan cedera
Seorang disahkan maut manakala lapan lagi cedera selepas sebahagian sebuah hotel yang terletak berhampiran tebing sungai Moselle di Jerman runtuh pada Rabu.
Pemain hoki Australia ditahan, didakwa ketika beli kokain
Jawatankuasa Olimpik Australia sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penahanan atlet hoki terbabit.
Hukuman mati lelaki bunuh Timbalan Pengarah Veterinar diganti dengan penjara 38 tahun
Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati bekas pengawal keselamatan, Syahmie Hassan, kepada penjara 38 tahun kerana membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, 13 tahun lepas.
Tumpuan Khamis – 08 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Suspek didakwa di mahkamah Johor Khamis
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, di Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Kulai pada Khamis.
![20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid 20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037744_ZahidHamidi.jpg)
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
![Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719667891_IPDKajang.jpg)
Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia
Seorang pelajar tingkatan satu yang cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia awal pagi Sabtu.
![KPDN Kelantan rancang pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara KPDN Kelantan rancang pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710375358_tbAzmanIsmail.jpg)
KPDN Kelantan rancang pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara
KPDN Kelantan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
![Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718634326_TBrompakanemas.jpg)
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
![CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718429456_tbPembersihan.jpg)
CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang
SWCorp Pahang mengambil inisiatif memasang CCTV di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang sejak awal bulan ini.
![Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717383940_wargaPakistan.jpg)
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
![Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, pintu pagar ditutup awal Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, pintu pagar ditutup awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542077_tbRazarudinHusain.jpg)
Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, pintu pagar ditutup awal
Tahap keselamatan balai-balai terpencil akan dipertingkatkan, antaranya dengan pemasangan CCTV dan pintu pagar ditutup awal, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
![Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716028987_RazarudinHusainIG.jpg)
Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
![Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716464216_FaisalHalimdisimba.jpg)
Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid
Polis mengesahkan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan.
![Pusat Latihan TFC dipasang CCTV Pusat Latihan TFC dipasang CCTV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715865049_HishamuddinAbdulKa.jpg)
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.