Seorang wanita ditahan oleh polis selepas mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak petang Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga.
"Kejadian berlaku pada 2.20 petang ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas.
"Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari tersebut dengan mengeluarkan perkataan ugutan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Menurut Zaldino, pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat.
"Penerbangan yang dijadualkan ke Kuching itu tertangguh selama 2 jam 22 minit dan pesawat itu selamat berlepas pada 4.42 petang," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air Raja Sa'aadi Raja Amrin ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian.
"Wanita itu mula marah-marah sebelum menaiki pesawat lagi dan memaki hamun pramugari selain menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu," katanya kepada Bernama.
Bernama
Tue May 06 2014
Pesawat milik Malindo Air. --gambar hiasan
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan bulan kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Malaysia berpotensi raih pasaran ekonomi penjagaan bernilai US$25.5 bilion - Hanifah Hajar
Ekonomi Penjagaan sedang mengalami pertumbuhan yang besar di rantau Asia Tenggara dengan Malaysia berpotensi meraih pasaran bernilai kira-kira US$25.5 bilion daripada industri tersebut.
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pegangan asing bon Malaysia cecah RM279.1 bilion pada Julai - MIDF Amanah
Pegangan asing ke atas bon Malaysia meningkat kepada RM279.1 bilion pada Julai 2024 daripada RM271.3 bilion pada Jun 2024, menjadi jumlah tertinggi dalam tempoh sejak November 2023.
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Berkelakuan ganas, dua suspek ditahan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan atas kesalahan berkelakuan ganas susulan rusuhan yang menyasarkan masyarakat islam di beberapa bandar United Kingdom (UK) pada Khamis.
Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Menteri Israel Smotrich
Palestin pada Khamis menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich susulan kenyataannya untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran.
Muhammad Yunus pulang ke Dhaka, bakal angkat sumpah
Muhammad Yunus dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan sementara di hadapan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin pada petang Khamis waktu tempatan.
Palestin pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2026
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.
Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan
Jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakan sekerjanya Wael Dahdouh cedera ketika sedang membuat laporan.
Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza
Pengeboman Israel ke atas sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara dan pertubuhan Arab dan Islam.
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.