KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengenai tawaran untuk menyokong perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengelirukan Dewan Rakyat.


Ringkasan AI
  • Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak mengelirukan Dewan Rakyat, berdasarkan mesyuarat pada 6 dan 10 September.
  • Wan Saiful menyatakan beberapa individu menawarkan habuan dan ancaman untuk menyokong Perdana Menteri, tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarga.
  • Jawatankuasa mencadangkan laporan diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis, SPRM, dan MCMC untuk tindakan lanjut, dan memutuskan agar penyata rasmi tidak dikeluarkan untuk menjaga kerahsiaan siasatan.


Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu.

Jawatankuasa mendapati tiada elemen prima facie di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) yang membuktikan kenyataan Wan Saiful mengelirukan Dewan.

Berdasarkan penyata, ucapan Wan Saiful pada 28 Februari dan 21 Mac disokong bukti sahih.

Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen


Jawatankuasa mencadangkan laporan diserahkan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), untuk tindakan lanjut.

Usul penyiasatan dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pada 24 Jun.

Wan Saiful dalam keterangannya menyatakan beberapa individu menawarkan habuan seperti menggugurkan kes mahkamah, menanggung kos rawatan perubatan isterinya, kos guaman, serta menyediakan peruntukan Parlimen dan projek rakyat.

Tawaran ini disertai ancaman dan gangguan, termasuk mesej WhatsApp, rakaman audio, dan gambar.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarga dan dirinya.

Jawatankuasa turut memutuskan agar penyata rasmi tidak dikeluarkan untuk menjaga kerahsiaan siasatan.

Antara ahli jawatankuasa ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Hulu Langat, Lawas, Tanjung Piai, Putrajaya, dan Bagan Serai.