KUALA TERENGGANU: Pesilat Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang meninggal dunia awal pagi tadi, sanggup menolak beberapa tawaran menyambung pengajian ke universiti demi memberi tumpuan untuk mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Kakak Allahyarham Wan Nor Haslinda berkata tahun lepas adiknya menerima tawaran daripada beberapa universiti awam, namun anak keempat daripada lima beradik itu berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda selepas SUKMA.
"Dia (Allahyarham) memang bersemangat hendak masuk SUKMA kerana tahun ini tahun terakhir dia boleh mewakili Terengganu (ke SUKMA) kerana usianya telah 21 tahun.
"Namun apakan daya cita-citanya itu tidak tercapai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Wan Nor Haslinda berkata kali terakhir dia bertemu dengan Wan Muhammad Haikal yang dikenali sebagai seorang yang pendiam itu adalah pada awal Februari lepas ketika Allahyarham berkunjung ke rumahnya di Kuala Terengganu.
Jenazah Wan Muhammad Haikal dijangka tiba di Terengganu lewat petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Alur Selising di Jerteh selepas solat Isyak.
Wan Muhammad Haikal meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, selepas tidak sedarkan diri ketika pertandingan prapemilihan SUKMA petang semalam.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah berkata atlet tersebut jatuh di gelanggang ketika pertandingan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Heights di Sikamat, Seremban.
Sementara itu kerajaan Terengganu merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai atlet berbakat dan berpotensi besar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Hishamuddin Abdul Karim berkata arwah merupakan atlet sasaran pingat SUKMA yang akan bertanding dalam kategori Putra l (85-90 kilogram).
Beliau berkata laporan kematian Wan Muhammad Haikal telah diterima pagi tadi dan pihaknya sedang menunggu laporan kronologi kes secara terperinci.
"Dalam rekod Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), ini ialah kes pertama berlaku dalam aktiviti sukan silat dan ia pastinya mengejutkan semua pihak.
"Pihak MSNT akan memperhalusi insiden ini dengan terperinci dan menyeluruh. Tindakan susulan akan diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishamuddin berkata urusan membawa jenazah Allahyarham dari Negeri Sembilan ke Besut, serta kebajikan keluarga akan diuruskan oleh MSNT.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Jenazah Wan Muhammad Haikal (foto) dijangka tiba di Terengganu lewat petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Alur Selising di Jerteh selepas solat Isyak. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Wan Muhammad Haikal tolak tawaran ke universiti, mahu fokus SUKMA - Kakak
Jenazah Wan Muhammad Haikal dijangka tiba di Terengganu lewat petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Alur Selising di Jerteh selepas solat Isyak.