Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Naib Presiden Indonesia Mohamed Jusuf Kalla bagi membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama antara Malaysia-Indonesia.
Pertemuan itu yang berlangsung selama 30 minit di hotel penginapan mereka di sini, antara lain membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Turut sama dalam pertemuan itu Wakil Tetap Malaysia ke Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva Datuk Amran Mohamed Zin dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hasan Kleib.
Kedua-dua pemimpin berada di Geneva sejak Selasa bagi menghadiri Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG).
GPDRR adalah acara dwitahunan yang diselaraskan oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction dan adalah forum paling utama di peringkat antarabangsa untuk perkongsian strategik, koordinasi, pembangunan perkongsian dan semakan pembangunan pelaksanaan instrumen pengurusan risiko bencana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019

Kedua-dua Dr Wan Azizah dan Jusuff berada di Geneva sejak Selasa bagi menghadiri GPDRR yang berlangsung di CICG. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva
Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) 2024 di Geneva, Switzerland.

Penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa bukti kesungguhan negara - Kesuma
Steven Sim menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan serta mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.

Malaysia terima 348 penilaian susulan pembentangan UPR Keempat di Geneva
Malaysia menerima sebanyak 348 penilaian daripada 130 negara susulan pembentangan laporan negara dalam sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) Keempat, Januari lepas.

Berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga hampir AS$44 juta di Geneva
Sebutir berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga 39.5 juta franc Swiss (AS$43.8 juta) pada lelongan Christie's di Geneva pada Selasa.

Dr Zaliha bentang komitmen digitalkan sistem penjagaan kesihatan di Geneva
Beliau berkata komitmen itu dinyatakan bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Perhimpunan IATA Geneva rangka masa hadapan industri penerbangan
Antara yang akan mendapat fokus khusus adalah trafik, kargo, keselamatan serta kemampanan yang akan dikemas kini.

Malaysia sokong cadangan untuk kewangan lestari - Khairy
Malaysia menyokong cadangan untuk mewujudkan kewangan lestari yang akan menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menepati peranannya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

IAEA dedah Tehran mula hasilkan uranium
Tindakan itu didakwa bakal menjejaskan rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 dengan negara kuasa besar lain.

Sidang kemuncak AS-Rusia: Pertemuan Biden, Putin hanya catat sedikit kejayaan
Washington dan Kremlin setuju memulakan dialog mengenai kawalan senjata nuklear dan menempatkan semula duta mereka ke ibu negara masing-masing.

Terbuka Perancis: Federer cadang tarik diri atas faktor kecergasan
Pemain berusia 39 tahun itu menang ke atas Koepfer dalam perlawanan paling lama buat dirinya dalam tempoh 18 bulan.