GENEVA: Sebutir berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga 39.5 juta franc Swiss (AS$43.8 juta) pada lelongan Christie's di Geneva pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Batu permata 17.61 karat yang dikenali sebagai "Bleu Royal" adalah antara satu daripada 10 permata termahal yang pernah dijual pada acara lelongan, menurut jurucakap rumah lelong itu.
Seorang pengumpul persendirian enggan dikenali mengemukakan bidaannya itu pada Selasa, mengatasi dua pembida lain.
Christie's berkata "Bleu Royal," berwarna biru terang yang diikat pada sebentuk cincin, merupakan berlian tanpa cela terbesar pernah ditawarkan di lelongan.
Nilai pralelongan batu terang itu, yang panjangnya kira-kira 13 milimeter dan lebar 8 milimeter, adalah antara AS$35 juta dan AS$50 juta.
Penjual cincin itu tidak dinyatakan. "Bleu Royal" merupakan sebahagian daripada "koleksi peribadi penting" sejak 50 tahun lalu, kata Christie's.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Wed Nov 08 2023

Batu permata 17.61 karat yang dikenali sebagai "Bleu Royal" adalah antara satu daripada 10 permata termahal yang pernah dijual pada acara lelongan. - Foto REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga hampir AS$44 juta di Geneva
Sebutir berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga 39.5 juta franc Swiss (AS$43.8 juta) pada lelongan Christie's di Geneva pada Selasa.

Berlian biru terbesar ditemukan di Gaborone
Berlian yang diberi nama Okavango Blue itu mempunyai mempunyai berat 20.46 karat dan berjaya menduduki tangga teratas dalam sejarah penemuan berlian biru sepanjang zaman.