PERTEMUAN empat mata antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden Rusia Vladimir Putin hanya mencatat sedikit kejayaan.
Washington dan Kremlin setuju memulakan dialog mengenai kawalan senjata nuklear dan menempatkan semula duta mereka ke ibu negara masing-masing.
Amerika dan Rusia sebelum ini memanggil pulang pegawai kedutaan, susulan dakwaan Moscow campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden 2020.
Pertemuan Biden dan Putin pada Sidang Kemuncak AS-Rusia di Geneva, Switzerland pada Rabu berlangsung empat jam, lebih pendek daripada yang dijadualkan.
Kata Biden, beberapa perbezaan pendapat dinyatakan, namun bukan dalam nada keras.
Ini termasuk perihal keselamatan siber, Ukraine dan nasib pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny.
"Saya boleh katakan, suasana di sepanjang pertemuan selama empat jam itu adalah sangat positif. Tiada sebarang kekerasan dipamerkan.
"Apabila kami tidak bersetuju, saya tidak bersetuju, ia dinyatakan dengan jelas. Apabila beliau tidak bersetuju, ia dinyatakan dengan jelas, bukan dalam suasana yang keras.
"Kami sudah menunjukkan bagaimana kami mahu berurusan dengan Rusia dan dalam konteks hubungan Amerika-Rusia. Masih banyak yang perlu dilakukan," katanya.
Sementara itu, Putin berkata, pihaknya setuju Kementerian Luar Rusia dan Jabatan Negara AS akan memulakan rundingan berhubung komunikasi kompleks mengenai hubungan diplomatik antara dua negara itu.
"Terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan. Terlalu banyak yang tertangguh. Saya berpendapat, kedua-dua pihak cenderung untuk mencari penyelesaian," katanya.
Di sebalik perkembangan ini, Biden mengakui wujud prospek positif untuk memperbaiki hubungan dengan Rusia.
Sebelum pertemuan ini, hubungan kedua-dua negara ini dianggap berada dalam fasa paling rapuh.
Astro Awani
Wed Jun 16 2021

Joe Biden (kiri) dan Vladimir Putin bertemu pada sidang kemuncak Amerika-Rusia di Villa La Grange, Geneva, Switzerland, 16 Jun, 2021. REUTERS
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy
David Lammy berkata beliau dan JD Vance bersetuju Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mesti terlibat dalam rundingan damai.

Trump jangka bertemu Putin di Arab Saudi
Terdahulu, Presiden Putin telah menjemput Presiden Trump untuk melawat Moscow.

Zelenskyy juga seperti Putin mahu keamanan untuk Rusia dan Ukraine - Trump
Presiden AS bercakap dengan Presiden Ukraine melalui telefon selepas berbincang dengan Presiden Rusia.

Trump umum Putin setuju mulakan rundingan untuk tamatkan perang dengan Ukraine
Presiden AS terima panggilan pertama daripada Presiden Rusia sejak Trump kembali memegang jawatan bulan lalu.

Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.

Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.

Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Putin menjelaskan bahawa rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Zelenskyy sebagai presiden telah tamat.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Presiden Ukraine tuduh Putin cuba manipulasi Trump
Putin ingin memanipulasi keinginan Presiden Amerika Syarikat untuk mencapai keamanan, dakwa Zelensky.