Kerajaan telah mewartakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran ke atas Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah ekoran peningkatan kes di kedua-dua lokasi berkenaan.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Khamis, 10 September 2020):

1. PKPD secara Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah dilanjutkan sehingga 13 September.

2. PKPD secara Pentadbiran di Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah bermula tengah malam ini.

3. Warganegara asing dibenarkan untuk menjalankan ibadat di semua rumah ibadat termasuk masjid.

4. Jumlah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2020 dihadkan 500 orang sahaja.

5. Waktu operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.