KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko akan melindungi mereka daripada komplikasi teruk seperti radang paru-paru yang boleh mengancam nyawa.
Pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman berkata tidak seperti individu yang mempunyai imuniti badan tinggi; ibu mengandung, warga emas, individu dengan penyakit kronik dan kanak-kanak adalah golongan berisiko yang sukar pulih sekiranya dijangkiti virus itu.
"Kalau individu biasa yang daya tahan badan bagus, biasanya boleh pulih dalam masa seminggu kerana badan mereka akan mengeluarkan antibodi untuk melawan jangkitan, hanya dengan mengambil ubat demam, vitamin C dan berehat.
"Tetapi bagi individu berisiko, mereka akan mengalami masalah pernafasan yang teruk seperti pneumonia atau radang paru-paru sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau dalam kes yang lebih serius, boleh membawa maut," katanya kepada Bernama.
Menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mengkaji keperluan pemberian vaksin itu kepada rakyat terutama golongan berisiko, Dr Malina berkata di negara-negara bermusim sejuk, kes jangkitan influeza biasanya berlaku dalam tempoh November-Januari atau Mac-Jun, namun di negara tropika seperti Malaysia, ia berlaku sepanjang tahun.
"Ini bermakna bagi konteks Malaysia, sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin diperlukan untuk melawan virus influenza, (justeru) saya berpandangan langkah kerajaan untuk mengkaji pemberiannya kepada golongan berisiko ini tepat kerana ia akan menguatkan sistem imun mereka, tetapi pada masa sama mereka juga harus mengelak daripada berkunjung ke tempat yang sesak dan memakai pelitup muka bagi menghindari dijangkiti virus," katanya.
Bagi Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Penyakit Berjangkit Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri Prof Madya Dr Muhamad Yazli Yuhana pula, meskipun kes jangkitan influenza berada dalam julat normal setakat ini, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mendapat suntikan vaksin.
"Virus influenza membuatkan imuniti badan seseorang menjadi lemah, menyebabkan mereka mudah mengalami gejala seperti sakit tekak, mata berair, selesema, batuk, demam panas, sakit badan dan mengah (sukar bernafas).
"Sebab itu, pengambilannya penting kepada golongan berisiko dan kalau boleh diwajibkan bagi memberi perlindungan maksima kerana strain virus influenza ini sentiasa berubah mengikut tahun dan musim, menyebabkan vaksin yang diambil pada tahun sebelumnya mungkin tidak dapat melindungi daripada jenis mutasi yang baharu," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama terhadap beberapa klinik swasta di sekitar Lembah Klang mendapati harga vaksin influenza yang ditawarkan kepada golongan dewasa dan kanak-kanak adalah dalam lingkungan RM70-RM105, namun di sesetengah tempat mengalami kehabisan stok.
Sebagai contoh; Klinik Hero, Klinik Anda dan Klinik Famili di Wangsa Melawati di sini, menawarkan harga antara RM70 dan RM100 bagi vaksin itu untuk kanak-kanak dan golongan dewasa; Klinik As-Salam di Lembah Keramat (RM104) manakala di klinik kesihatan dan hospital kerajaan pula, ia hanya diberi kepada anggota barisan hadapan.
Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 19 Julai lepas, seramai 23,354 individu di Malaysia telah diambil spesimen influenza sejak minggu pertama hingga minggu ke-27 tahun ini (3 Julai) dan daripada jumlah itu, 4,271 orang didapati positif, sekali gus menghampiri angka 4,288 dicatat Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Dr Malina ibu mengandung, warga emas, individu dengan penyakit kronik dan kanak-kanak adalah golongan berisiko yang sukar pulih sekiranya dijangkiti virus itu. - Foto fail/Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.