KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) di Paroi, Negeri Sembilan mula beroperasi hari ini.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun, pembukaan PPV disasar dapat realisasikan sasaran 20,000 dos vaksin sehari kepada penduduk negeri itu.

Jelas Aminuddin, kapasiti pemberian dos vaksin di KOMBES adalah setakat 900 sehari, namun ia akan ditingkatkan ke 1,500 dos sehari.

Kata beliau selain PPV, industri melalui Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Awasta (PIKAS) di D'tempat Country Club, Sendayan juga akan turut beroperasi hari ini.

Ini bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada pekerja industri dengan kapasiti 1,500 dos sehari.