PUTRAJAYA: Vaksin COVID-19 AstraZeneca tidak mengandungi sebarang produk yang berasal daripada haiwan atau bahan terlarang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata AstraZeneca telah membekalkan kenyataan bagi mengisytiharkan bahawa AZD1222 tidak mengandungi sebarang produk berasal daripada haiwan; dan semua 'eksipien' berasal dari sayur-sayuran.
"AZD1222 tidak mengandungi sebarang bahan terlarang seperti: bahan yang berasal dari babi, gelatin dari sumber haiwan babi, gliserin yang berasal dari haiwan, asid stearic, laktosa, produk yang berasal dari kerang atau ikan yang tidak bersisik, pati gandum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut Majlis Ulama Muslim di Indonesia dalam paparan di laman web mereka memberitahu bahawa vaksin COVID-19 AstraZeneca adalah haram kerana proses pembuatannya menggunakan 'trypsin' dari pankreas babi.
AstraZeneca dalam hujah balasnya berkata vaksin itu tidak mengandungi bahan yang berasal dari babi.
Dr Adham berkata trypsin babi hanya digunakan semasa pembinaan saluran sel T-REx-293 dan trypsin itu tidak bersentuhan langsung dengan bank sel sebenarnya, yang digunakan dalam proses pembuatan, tetapi digunakan jauh di hulu sel hos, dan oleh itu tidak dianggap terdapat dalam Bahan dan Produk Ubat.
"Walaupun begitu, AstraZeneca perlu membekalkan hasil ujian bagi mengesahkan bahawa tidak ada sisa bahan babi dalam produk akhir sebagai salah satu syarat pendaftaran," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan komited memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan vaksin, dan orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada media rasmi dan pengumuman oleh pihak kementerian daripada sumber yang boleh dipercayai.
Rabu lepas Dr Adham berkata vaksin AstraZeneca COVID-19 selamat untuk penggunaan di Malaysia.
Beliau berkata data keselamatan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang diperoleh daripada kajian klinikal sehingga 4 Nov lepas yang melibatkan 12,000 sukarela, menunjukkan bahawa tiada kesan sampingan serius dilaporkan.
Vsksin AstraZeneca diluluskan untuk pendaftaran oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
AstraZeneca dalam hujah balasnya berkata vaksin itu tidak mengandungi bahan yang berasal dari babi. - Gambar AP
Negara bertuah miliki pemimpin berwawasan seperti Tun Jugah - PM
Ujar Perdana Menteri, sikap Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah yang memiliki rasa cinta kepada negeri dan negara perlu dicontohi dalam menjamin masa depan generasi-generasi akan datang.
Che Adam peragakan tenun Pahang diraja di kem induk Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman memperagakan tenun Pahang diraja ketika berada di kem induk Everest (EBC).
Syed Hussien ikrar beri khidmat terbaik kepada warga Mahkota
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas memperoleh mandat besar pada PRK DUN Mahkota.
PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
Staf wanita dipecat enggan ikut cakap bos beli sarapan
Seorang wanita di Shanghai dipecat gara-gara enggan membeli sarapan pagi untuk bosnya, lapor South Morning China Post.
Analisis kemenangan majoriti besar BN di DUN Mahkota
Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir UUM, Mujibu Abd Muis berkongsi pandangan mengenai kemenangan majoriti besar BN di DUN Mahkota.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman
Dua suspek terbabit dibawa menggunakan kenderaan polis sebelum tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.
Kempen vaksinasi polio bermula di Semenanjung Gaza
Dua dos vaksin yang memberikan imunisasi penuh harus diberikan dengan selang empat minggu.