MALAYSIA mencatatkan pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 417,738 dos pada Sabtu (24 Julai).

Menurut hantaran terbaharu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi Twitter hari ini, sebanyak 284,672 dos pertama dan 133,066 dos kedua diberikan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 16.9 juta.

Ia membabitkan 11.5 juta bagi satu dos manakala 5.39 juta sudah melengkapkan suntikan dua dos vaksin.



Semalam, jumlah kes jangkitan harian mencatat angka tertinggi dengan 15,902 kes dilaporkan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 996,393.

Semua negeri mencatatkan pertambahan kes semalam dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan 7,351 kes baharu.